07 February 2013

PRU 13 - GM13 [Gerakan Mahasiswa PRU13] umum tanding lawan Najib di Pekan


(Oleh Arif Juhani)
GMKUALA LUMPUR 7 Feb: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) akan bertanding di Parlimen Pekan, melawan Datuk Seri Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sebagai ekspresi kemuncak penolakan mahasiswa terhadap kerajaan Umno BN.
Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, keputusan ini selepas melihat tindakan Umno BN yang ‘membunuh’ kredibiliti dan idealisme mahasiswa dan memastikan fungsi universiti dan ahli akademi.
“Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melaporkan pada 2011 aktivis mahasiswa paling ramai ditindas seperti ditangkap, diugut, dibelasah, digantung, dibuang universiti malah dipenjara dan tindakan ini dimulai dengan akta rimba.
“Kami juga kecewa kegagalan kerajaan mendengar tuntutan mahasiswa walaupun banyak desakan dan tindakan diambil melalui memorandum, referendum, forum, debat dan rapat umum,” katanya pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) hari ini.
Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Bukhairy Sufian menggesa penukaran Umno BN sebagai medan demokrasi terbaik untuk rakyat Malaysia menghentikan liabiliti kerajaan sedia ada.
“Selepas 55 tahun memerintah, pelbagai penyelewengan, rasuah dan polisi yang tidak mengutamakan rakyat dilaksanakan Umno BN manakala di peringkat universiti, kerajaan tidak serius memartabatkan universiti sebagai pusat pelapis kepimpinan negara,” ujarnya.
Menurut GM13, nama calon akan diumumkan apabila tarikh PRU diketahui.
Kempen Mahasiswa Turun Pekan akan dilancarkan pada 11 hingga 17 Februari ini sebagai medium mahasiswa mendekati dan memahami kepayahan rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44565

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive