25 February 2013

DARI LAHAD DATU - Penceroboh kehabisan stok makanan - bergantung pada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan


Kumpulan penceroboh yang menduduki Kg Tanduo, Lahad Datu sejak 12 Feb lalu berada dalam keadaan tertekan akibat perbalahan sesama sendiri selain kehabisan stok makanan.

Penceroboh yang berjumlah kira-kira 150 orang itu kini hanya bergantung sepenuhnya kepada tumbu-tumbuhan sebagai sumber makanan menyebabkan berlaku pemberontakan dalaman yang serius.

Malah lewat malam tadi difahamkan sepuluh ahli kumpulan itu cuba menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas tidak yakin lagi dengan objektif  pencerobohan mereka bagaimapun perbuatan itu dapat dihidu oleh pengikut yang masih setia kepada ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie menyebabkan mereka semua tertangkap.


Dalam pada itu sumber memberitahu keadaan di Kg Tanduo masih terkawal hasil beberapa sessi rundingan dan optimis penceroboh akan menyerah diri sedikit masa lagi walaupun ketika ini mereka masih berdegil.


Mereka kini berada dalam keadaan tertekan kerana terputus bekalan makanan sejak seminggu lalu selepas pihak berkuasa mengetatkan kawalan sehingga pada jarak 300m daripada kumpulan penceroboh.

Keadaan ini menyebabkan ramai anggota kumpulan penceroboh hilang fokus dan tidak yakin matlamat pencerobohan ini. Mereka mahu menyerah diri tapi diancam oleh Azzumudie.

TERKINI


Kapal Kemanusiaan Filipina Berlabuh Di Luar Perairan Sabah
KOTA KINABALU: Sebuah kapal kemanusiaan Filipina berlabuh di luar perairan Sabah menunggu masa untuk mara bagi membawa pulang kira-kira 150 lelaki Sulu bersenjata yang bertahan di sebuah kampung terpencil di tepi pantai di Lahad Datu.
Selain membawa bekalan makanan, kapal berkenaan juga dilengkapi peralatan untuk merawat mana-mana individu yang cedera.
"Kami mempunyai pasukan perubatan yang terdiri daripada lima orang yang bersedia untuk sebarang kemungkinan," Dr Sangkula Lajali, yang mengetuai kumpulan itu, memberitahu The Star melalui telefon.
Kapal ini meninggalkan Tawi Tawi sebelum subuh pada Isnin dan telah "mengenal pasti selok-belok" di kawasan sempadan Filipina-Malaysia.
"Kami sedang menunggu kelulusan yang diperlukan untuk memasuki perairan Sabah," katanya sambil menambah kapal itu boleh tiba di Lahad Datu dengan kadar yang "sangat cepat."
Kapal lain telah dilaporkan berlepas dari pulau wilayah Sulu selatan Filipina awal Isnin untuk memasuki perairan Sabah.
Pegawai Filipina berkata kapal itu membawa ahli keluarga Kesultanan Sulu disertai oleh pegawai-pegawai kerajaan tertentu.
Gabenor Tawi Tawi Sadikul Sahali memberitahu media Filipina beliau menyedari tentang kapal dari Sulu itu tetapi tidak mendedahkan siapa berada di atas kapal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive