06 February 2013

Deepak bertemu Mahfuz hari ini

Deepak bertemu Mahfuz hari ini
KUALA LUMPUR- Ahli Perniagaan Deepak Jaikishan akan bertemu dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bagi membincangkan permohonan imuniti beliau kepada Pakatan Rakyat.
Pertemuan secara terbuka di depan wartawan ini akan diadakan jam 11 pagi ini di Pejabat Agung PAS.
Jika pertemuan ini berjalan lancar dan persetujuan dicapai, Deepak akan bergerak sepenuhnya untuk mendedahkan segala maklumat yang beliau tahu mengenai pelbagai penyelewengan.
Deepak adalah bekas rakan perniagaan isteri Perdana Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Sebuah buku bertajuk The Black Rose beredar di dunia internet yang dikatakan ditulis oleh beliau namun ketika dihubungi beliau enggan mengesahkan itu buku tulisannya.
Sebelum ini beliau berjanji akan membuat sebuah buku mengenai Rosmah. Ini ekoran pendedahan demi pendedahan yang dibuat beliau.
Sebulan lalu, Deepak memohon Pakatan Rakyat memberikan perlindungan saksi (imuniti) ke atasnya untuk membolehkan beliau membuat pendedahan seterusnya.
Ini kerana, beliau bimbang jika kerajaan baru Pakatan Rakyat nanti turut mengejar beliau sebagaimana beliau dikejar oleh pihak berkuasa sekarang akibat pendedahan yang beliau buat.
Ekoran itu, Mahfuz dalam kenyataannya berkata beliau sedia berbincang dengan Deepak bagi pihak Pakatan Rakyat.
"Jika sesuai saya akan bawa permohonan ini ke mesyuarat Pakatan," kata Mahfuz yang bakal membawa peguam untuk menilai permohonan Deepak hari ini.
Mahfuz sebelum ini bersetuju, akta perlindungan saksi boleh dipetimbangkan jika ia bersesuaian.
-Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive