22 February 2013

Deepak saman Najib

Anis Nazri,22 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Usahawan permaidani, Deepak Jaikishan memfailkn saman ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Mahkamah Jalan Duta, Petang ini.

Saman itu dikemukakan beliau melalui peguamnya, Sivarasa Rasiah melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Menurut Deepak, saman itu difailkan ekoran kenyataan Najib yang menyebut Deepak sebagai tiada kredibiliti.

Bagaimanapun beliau memberi tempoh shingga esok untuk Najib menjawab dakwaan beliau selama ini.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Deepak juga berkata beliau akan memfailkan saman bernilai RM3 bilion terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Datuk Nazim Razak serta kerajaan Malaysia minggu depan.

Saman ini dibuat ekoran kegagalan kesemua mereka mereka mempastikan projek yang diberikan kepadanya berjalan lancar sedangkan wang sudah dibayar kepada mereka.

1 comment:

Anonymous said...

KALAU RAKYAT MAHU LIHAT SIAPA YG BENAR, MUDAH SAJA, UNDI PAKATAN RAKYAT !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive