11 February 2013

Nong Chik tak dak Teloq ... ???


Nong Chik tolak debat dengan Nurul, takut skandal anak terbongkar

Oleh Aisha Geoffrey)
debatKUALA LUMPUR 11 Feb: Penolakan debat bersama Nurul Izzah Anwar oleh Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin bukti Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu takut skandal penyelewengan anaknya terbongkar.
“Inilah kerisauan Nong Chik, takut skandal RM30 juta anaknya terbongkar dan dibahas di hadapan penduduk Lembah Pantai. Sekaligus menjejaskan harapannnya untuk menang, sedangkan debat peluang rakyat untuk tahu cerita sebenar dan menilai,” kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nur Manuty ketika dihubungi.
Sabtu lalu, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai menolak cabaran untuk berdebat dengan Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah kerana katanya, tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Nurul Izzah Jumaat lalu yang juga Naib Presiden KEADILAN mencabar Nong Chik untuk berdebat pada 24 Februari ini berhubung dakwaan Nong Chik sebelum ini yang mengatakan beliau lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.
“Apa salahnya berdebat jika pilihan raya makin hampir? Di Kenya contohnya, mereka adakan debat antara presiden dengan pembangkang menjelang pilihan raya. Tak ada masalah kalau Nong Chik sahut cabaran itu,” kata Mohd Nor.
“Ketakutan Nong Chik juga berpunca sikap Perdana Menteri. Hasilnya, semua pemimpin Umno takut untuk berdebat dan tidak menyuburkan budaya demokrasi sebenar,” sambung beliau.
Nurul Izzah sebelum ini berkali-kali mengajak Nong Chik berdebat isu penduduk Lembah Pantai.
Begitu juga Datuk Seri Najib Razak yang takut menyahut cabaran debat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedua-dua pemimpin Umno itu lebih senang mengambil sikap berdiam diri.
Dilaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerah kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.
Salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 menunjukkan anak Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44772

1 comment:

Anonymous said...

Korek lagi sampai semua MPs BN dipaksa mempertahankan segala perbuatan salah guna kuasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive