Warga Sulu di Sabah: Bukti BN gagal selesai persempadanan negara
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah memandang serius kejadian yang berlaku di Lahad Datu apabila sekumpulan bersenjata dari Filipina telah menceroboh kedaulatan negara dan berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Ia sangat kritikal dan SAMM menyifatkan ia berpunca dari kegagalan kerajaan Malaysia menyelesaikan isu antarabangsa dan persempadanan dengan serius.
Filipina sememangnya menuntut sabah sebagai tanah kedaulatanya. Antara asasnya ialah kesultanan sulu yang menguasai sebahagian besar sabah dan pusat kesultanan di tanah kedaulatan Filipna. Isu tuntutan Filipina ini sebenarnya masih tidak selesai di mana rakyat ditipu sehingga kini Malaysia masih membayar sejumlah kira-kira USD5000 setahun kepada Filipina yang dianggap oleh kebanyakan warga Filipina sebagai bayaran sewaan terhadap negeri Sabah.
Isu ini menjadi lebih parah apabila terlalu banyak rakyat Filipina khususnya keturunan sulu dihadiahkan kewarganegaraan segera kerana mahu mengekalkan kemenangan BN di sabah. Pada tahun 90an, ramai antara mereka dialu-alukan masuk ke Sabah malah diberi kad pengenalan dan hak mengundi demi memastikan kemenangan BN. Di atas pengkhianatan BN ini menjadikan lebih ramai warga sulu di merata pelusuk sabah bermastautin malah ada yang sudah berkampung.
Kehadiran 500 sentinal sulu ini adalah detik penyatuan kaum sulu dalam usaha mendapatkan Sabah menyebabkan kerajaan Malaysia tertekan hingga tidak mampu berbuat apa-apa menyedari kaum sulu sudah menduduki Sabah bukan sekadar berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu semata-mata. Atas sebab ini SAMM Sabah merasakan negara berada dalam kedudukan yang kritikal jika ia tidak diselesaikan segera, dan dengan bijaksana.
Lebih lama kaum sulu berkampung di Sabah, maka akan memberi lebih kesediaan untuk mereka terus menetap di Sabah dengan jumlah yang semakin ramai. Malah, sebarang langkah yang silap akan menyebabkan Malaysia, warga Sabah khususnya berdepan dengan kemungkinan perang gerila yang diperkuat ‘anasir luar’. Akan lahir ‘puak pemisah’ yang merebut peluang memandangkan kerajaan Malaysia lemah berdepan isu ini dan faktor kedudukan warga sulu yang telah lama di Sabah memberikan kelebihan buat mereka.
Apakah akhirnya Malaysia akan kehilangan sebahagian dari Sabah di atas lewatnya kerajaan Malaysia bertindak? Jangan sesiapa lupa kegagalan pimpinan BN menangani isu sebelum ini menyebabkan kita kehilangan Batu Putih dan Tanjung Pagar.
Penangkapan tiga orang wartawan Al-Jazira memburukkan lagi keadaan, memperlihat kedudukan kerajaan malaysia yang panik. Sudah menjadi resam dalam mana-mana konflik dunia pasti akan dikerumuni wartawan tetapi di Malaysia, wartawan tidak diberi ruang seolah-olah takut rahsia sebenar terbongkar.
Dalam masa yang sama, SAMM berpendapat tekanan lebih keras harus diberi kepada kerajaan Filipina agar tegas menyatakan pendiriannya dalam isu kependudukan warganya di Lahad Datu. SAMM akan berkunjung ke Kedutaan Filipina dan juga menghantar nota kepada seketeriat ASEAN berikutan perkembangan ini yang bukan sahaja mampu membawa Malaysia, tetapi zon ASEAN yang aman ini ke kancah konflik yang berpanjangan.
Kegagalan menangani isu kependudukkan Sulu bukan sahaja akan menyebabkan kedaulatan negara tercemar, malah akan terus dicemar menjadi ‘precedent case’ kerana mungkin satu ketika nanti beberapa kawasan di Klang atau Banting atau Sabak Bernam, akan dituntut pula oleh Indonesia kerana kependudukan warga mereka yang ramai di sana (Selangor).
Sekian
Boby Lewat @ Ewat
Penyelaras SAMM Sabah
Penyelaras SAMM Sabah
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45615
No comments:
Post a Comment