Terpedaya jerat cinta Facebook
8 Februari 2013
BANDAR RAUB - Seorang wanita menjadi mangsa jerat percintaan menerusi jaringan sosial Facebook apabila suspek yang menyamar sebagai lelaki Inggeris menggelapkan wang mangsa sebanyak RM3,800.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa dipercayai baru dua hari berkenalan dengan suspek.
Menurutnya, suspek menjanjikan mangsa dengan pelbagai hadiah menarik seperti iPhone 5, iPad Mini dan wang tunai 10,000 pound sempena hari lahir mangsa dan juga sambutan Tahun Baru Cina.
“Mangsa kemudiannya menerima kod bar bukti penghantaran barang menerusi perkhidmatan fresshcargo.com yang dihantar ke mesej peribadi di akaun Facebook mangsa.

“Selepas suspek memaklumkan barangan sudah dihantar, mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati barangan itu berada di lapangan terbang London,” katanya.
Wan Mohd Samsudin berkata, suspek menelefon mangsa dari London dan bertanyakan mengenai semakan barangan yang dihantar.
Katanya, sekali lagi mangsa membuat semakan dan barang sudah berada di lapangan terbang Dubai sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada keesokan harinya.
“Mangsa menerima panggilan yang memperkenalkan diri sebagai ejen Fresshcargo KLIA dan memaklumkan barangan dimaksudkan ditahan Kastam kerana terdapat wang dalam kotak yang diimbas.

“Mangsa diminta memasukkan RM1,800 ke dalam akaun sebuah bank sebagai cukai Kastam dan kemudiannya dimaklumkan sekali lagi wang proses masih tidak mencukupi,” katanya.
Beliau berkata, mangsa diminta memasukkan wang ke akaun sebuah lagi bank sebanyak RM2,000 dan suspek menghubunginya bagi meyakinkan mengenai bayaran tersebut sebelum berjanji untuk membayarnya semula.
Katanya, akibat percayakan janji suspek, mangsa memasukkan wang RM2,000 seperti diminta, namun dia sekali lagi dihubungi ejen Fresshcargo yang memintanya membayar RM1,700 lagi ke akaun sebuah lagi bank kerana barangan itu belum diinsuranskan.
“Mangsa kemudiannya berbincang perkara itu dengan keluarganya sebelum menyedari ia sebenarnya adalah helah penipuan siber.
“Menyedari tertipu, mangsa membuat laporan polis. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

1 comment:
Salam Tuan Tanah, mohon linkkan blog saya, http://wartapakabu.blogspot.com/
Terima kasih daun keladi
Post a Comment