(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 19 MAC: Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pegawai kerajaan menjual kad pengenalan (IC) untuk kepentingan diri.
“Dr Mahathir pembohong besar,” kata Hassnar membidas kenyataan Mahathir seperti dilapor Bernama dalam program ‘Bicara Minda di Papar, Sabah 17 Mac lalu.
Mahathir dilaporkan berkata, rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan dilakukan pegawai kerajaan atas kepentingan individu.
Tegas Hassnar, projek IC adalah dalam pengetahuan Mahathir yang tidak selesa dengan pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS) antara tahun 1990 dengan 1994.
Malah kata Hassnar, dirinya menjadi ‘bahan tawaran’ antara Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan dengan pentadbiran di Kuala Lumpur yang ketika itu berniat untuk menyertai semula Barisan Nasional.
“Salah satu syarat (rundingan), Joseph minta saya dimasukkan ke dalam penjara,” kata Hassnar.
Tegasnya, sekiranya Dr Mahathir memikirkan bahawa projek tersebut sebagai satu kesalahan, dokumen IC tersebut perlu ditarik balik.
“Tapi ada kita pernah dengar IC yang dikatakan dijual yang kononnya tidak sepatutnya dikeluarkan kepada individu yang diimport dari luar ditarik? Tidak ada!” tegas Hassnar.
Beliau berkata demikian pada Forum ‘Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi. – SDQ
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47750
No comments:
Post a Comment