LAHAD DATU: Kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, di sini dipindahkan ke Dewan Embara, dekat sini susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu, Selasa.
Empat kampung terbabit ialah Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani.
Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian, Assafal Alian berkata mereka diaraholeh pasukan keselamatan supaya berpindah ke dewan itu sejak dua hari lepasdengan semua keperluan makanan disediakan, namun tidak dimaklumkan sehingga bilaperlu berada di situ.
"Kami tiada masalah untuk tinggal di sini kerana yang penting keselamatanpenduduk terjamin ketika operasi menggempur diadakan.
"Namun, kami amat berharap krisis pencerobohan di Kampung Tanduo dapatdiselesaikan segera dan kami dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,"katanya kepada Bernama.
Suri rumah, Normisnah Ahmad dari Kampung Sungai Merah juga menyatakan harapan serupa agar krisis pencerobohan di Kampung Tanduo berakhir segera agar dia bersama keluarganya dapat pulang ke rumah secepat mungkin.
Beliau turut berharap supaya kemudahan perubatan untuk penduduk yang berpindah ke dewan itu ditingkatkan.-BERNAMA
Saki Baki Pengganas Sulu Di Lahad Datu Terus Diburu
KUALA LUMPUR: Hampir 20 minit jet pejuang F18 dan Hawk membedil sekitar Kampung Tanduo di timur Sabah selepas pasukankeselamatan bertekad tiada lagi pilihan setelah usaha penyelesaian tanpapertumpahan darah isu pencerobohan pengganas Sulu ke atas wilayah berdaulatMalaysia selama 21 hari tidak mendatangkan hasil.
Hampir empat jam kemudian Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengumumkan Op Daulat melibatkan serangan udara dan darat 'menepati objektifnya'.
Beliau bagaimanapun sehingga lewat petang ini tidak mengumumkan bilangan musuh yang terbunuh, cedera atau ditangkap.
Reaksi spontan rakyat Malaysia pelbagai lapisan masyarakat menyokongtindakan Malaysia itu dalam menjaga kedaulatan negara.
Malah, ada yang mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram IIIyang mendakwa dirinya sebagai 'Sultan Sulu' untuk dibicarakan di negara inikerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehinggamengorbankan lapan anggota polis Malaysia.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul RijalAbu Bakar misalnya berkata desakan itu wajar kerana walaupun Jamalul Kiram IIItidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu dan berada di Filipina, dia bolehdianggap bersubahat berdasarkan sokongan yang ditunjukkan melalui beberapakenyataannya.
Op Daulat yang dilancar pasukan polis dan tentera yang bermula seawal 7 pagiitu, kini diteruskan dengan gerak gempur melalui darat bagi memburu danmenangkap anggota kumpulan pengganas dari Sulu yang menceroboh Lahad Datu.
Serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk itu, diikuti serangan mortardan gerak gempur melalui darat.
Tiga letupan kuat diikuti beberapa letupan kecil didengari di kawasan ituselepas setengah jam bunyi jet pejuang memenuhi ruang udara kawasan berkenaan.
Serangan pasukan keselamatan yang bertumpu di kawasan seluas empat kilometerKampung Tanduo itu disifatkan Ismail sebagai berjaya mencapai objektif yangditetapkan operasi itu.
Beliau berkata sejak serangan dimulakan, pasukan keselamatan negara mendapattentangan apabila pihak musuh melepaskan tembakan ke arah anggota polis dantentera.
"Tiada kecederaan atau kematian di pihak anggota keselamatan," katanya.
Kumpulan bersenjata dan berpakaian ala tentera itu yang menaiki bot pancungmendarat di pesisiran pantai Lahad Datu pada 12 Feb lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkatakerajaan mesti mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatannegara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaanmengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyatMalaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," katanya.
Ismail pada sidang akhbar pukul 4 petang ini berkata Op Daulat itu masihberjalan kerana polis percaya masih ada anggota kumpulan itu di kampungberkenaan.
Tindakan susulan dan penggeledahan rumah ke rumah dijalankan secaraberhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.
Katanya semangat dan moral pasukan keselamatan terus membara untukmenyelesaikan misi dengan jaya demi kedaulatan negara berkat sokongan dandorongan kuat rakyat Malaysia.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mod Zin pula berkata selainsemangat tinggi yang ditunjukkan anggota tentera, seperkara lagi yang begitumembanggakan ialah kerjasama erat yang terjalin antara pasukan polis dan tenteradalam operasi pembersihan di Kampung Tanduo melalui Strategi Lautan BiruKebangsaan.
Sementara itu, polis menasihati orang ramai agar tidak mendengar khabar danmembuat sebarang andaian mengenai operasi itu khususnya berkenaan jumlahkematian atau mereka yang cedera.
"Berita-berita yang tidak tepat ini boleh jejaskan operasi yang sedangberjalan," katanya yang meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana serangandalam 'Op Daulat' itu hanya melibatkan Kampung Tanduo.
Ismail berkata serangan ofensif itu perlu diambil pasukan keselamatan dalammempertahan keselamatan negara dan memastikan keamanan dan ketenteraman di Sabahtidak tergugat.-BERNAMA
No comments:
Post a Comment