Showing posts with label OPS DAULAT. Show all posts
Showing posts with label OPS DAULAT. Show all posts

14 March 2013

Operasi Menjejak Pengganas Terus Diperhebat, Tiada Pertempuran di Hari Ke-10 Ops Daulat



Kelihatan anggota tentera keluar dari helikopter Pasukan Udara Tentera Darat Agusta Westland AW109 ketika tiba bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan semasa Op Daulat di Felda Sahabat di Lahad Datu pada Khamis
-Foto BERNAMA
LAHAD DATU: Meskipun tempoh 24 jam berakhir tanpa sebarang pertempuran, Operasi Daulat yang memasuki hari ke-10, berlarutan dengan operasi menggempur serta menjejak pengganas di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dekat sini, terus diperhebat.
Selain dua kawasan itu, operasi membersih dan menjejak militan yang kini bergerak dalam kumpulan kecil terus diperkukuh, termasuk mempertingkat sekatan jalan raya di luar kawasan operasi.
Operasi menggempur habis-habisan itu juga menyaksikan ketibaan dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109, di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16 hari ini.
Gambaran Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam bahawa Operasi Daulat kini di penghujung semakin jelas, dan ketibaan helikopter jenis peninjau serta pengangkut menggunakan enjin berkembar itu akan terus memperkukuh kekuatan sedia ada dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.
Zulkifeli berkata ketibaan pesawat itu bakal disertai 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia secara berperingkat. "Langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh negara ini sama ada di laut dan darat," katanya.
Berikutan gerakan ofensif yang makin diperhebat, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang akhbarnya petang tadi sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat bagi menjamin kelancaran serta kejayaan operasi itu.
Beliau berkata sekatan jalan raya berterusan juga membawa kepada penahanan seorang lelaki yang didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai dan tiga bilah parang.
"Lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat," katanya tanpa menjelaskan sama ada lelaki itu warga tempatan atau rakyat asing.
Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 58 musuh, manakala di pihak Malaysia, lapan anggota polis dan dua tentera gugur.
Pasukan keselamatan turut menahan 97 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan itu manakala 156 orang lagi ditahan kerana berada dalam kawasan larangan.
Dalam pada itu, Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika dilaksana, penubuhan itu antara lain bertujuan mengenal pasti motif sebenar pencerobohan, termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan serta kedaulatan negara.
"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini, dan siapa yang membiayai atau merancang perkara menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya pada sidang akhbar di Sandakan pada Khamis.
Hishammuddin, yang meninjau beberapa lokasi yang terlibat dengan insiden pencerobohan, turut memaklumkan secara keseluruhan, keadaan keselamatan di Sabah bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat. -BERNAMA

OP DAULAT : Lelaki bawa pedang samurai ditahan


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan pihak polis kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pihak pengganas dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Tanjung Labian, Lahad Datu.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, ketika ditahan lelaki berkenaan didapati membawa senjata merbahaya dan berada dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pihak pengganas dimana pihak kami sedang menjalankan siasatan terhadapnya bagi mendapat butiran lengkap,” kata Ismail.

Pemeriksaan mendapati, lelaki berusia 50 tahun itu membawa bungkusan yang mengandungi dua bilah pedang samurai serta tiga parang panjang.

Beliau berkata, lokasi lelaki ini ditahan adalah masih di dalam kawasan zon merah selain senjata yang dimiliki itu boleh dianggap bahaya dan salah di sisi undang-undang.

“Pada umumnya, kawasan operasi masih dikepung pasukan ATM dan PDRM dan beberapa pengumuman telah pun dibuat supaya orang ramai tidak memasuki kawasan ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,” tambahnya.

Ismail berkata, pihaknya percaya masih ada saki baki pengganas yang bersembunyi selain tidak menolak kemungkinan bahawa ada diantara mereka mendapat pertolongan penduduk setempat.

Beliau berharap penduduk setempat dapat memberikan kerjasama dengan menjadi mata dan telinga kepada pasukan keselamatan dan melaporkannya dengan segera.

09 March 2013

Ops Daulat: Pasukan Keselamatan Tahan 27 Orang di Zon Merah



Tiga bot yang membawa 27 penumpang ditahan oleh pasukan keselamatan di Tanjung Batu. Mereka ditahan ketika bot yang dinaiki berada di Zon Merah Ops Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu, dekat sini pada 10 pagi Sabtu
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan menahan 27 orang yang menaiki tiga buah bot ketika berada di Zon Merah Ops Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu, dekat sini pada 10 pagi Sabtu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata mereka yang mendakwa kononnya ingin menangkap ikan ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu.
"Kita curigai kehadiran mereka berhampiran lokasi operasi, jadi kita serahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut. "Walaupun tiada senjata ditemui, saya telah arahkan polis Daerah Lahad Datu untuk jalankan siasatan mendalam dan akan ambil tindakan sewajarnya jika mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh berkenaan," katanya dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu.

Op Daulat : Dua letupan bom jam 1 pagi dan 7.30 pagi




9 Mac 2013

LAHAD DATU - Keadaan di Felda Sahabat adalah terkawal biarpun bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Feb lalu.

Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.

Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi.

07 March 2013

Op Daulat: 52 Pengganas Sulu Mati



Penduduk kampung melihat mayat pengganas Sulu yang ditembak mati dalam serangan hendap di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna Sabtu lalu.
LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang dibunuh dalam Op Daulat sehingga kini ialah seramai 52 orang.
Menerusi sidang media pada petang Khamis, Ismail berkata anggota keselamatam berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan pada Khamis.
Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang dibunuh itu termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.
Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah.

06 March 2013

Ismail: Tembak menembak berlaku di tiga lokasi Tanjung Batu, Lahad Datu




6 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas berlaku di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah petang ini tatkala pasukan keselamatan meneruskan operasi susulan dan penggeledahan dalam Op Daulat.

Pasukan keselamatan negara mula membuat pemeriksaan di perkampungan itu pada pukul 3 petang untuk menjejaki musuh yang memasuki kawasan kampung berkenaan.

"Pada kira-kira 4.15 petang berlaku tembak menembak di tiga lokasi kampung itu dan kami percaya ada musuh yang gugur, tetapi waktu ini saya tidak dapat sahkan jumlah musuh yang terkena tembakan," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

OPS DAULAT : Pasukan Keselamatan Temui Kubur Tempatkan Mayat Penceroboh


Ahmad Zahid (kiri) menunjukkan gambar mayat penceroboh Sulu yang ditemui oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam satu operasi, pada sidang media di Lahad Datu, Rabu. Turut serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah). Foto NORMIMIE DIUN / THE STAR
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan Malaysia membongkar sebuah kubur besar yang menempatkan sembilan mayat penceroboh di Kampung Tanduo di sini.
Gambar-gambar mayat dan operasi berterusan yang dikendalikan di tempat kejadian dipaparkan oleh Menteri Pertahanan pada Rabu.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan bersenjata negara berjaya merampas senjata-senjata semasa operasi tersebut.
“Ini membuktikan, mayat yang kami peroleh dikumpulkan dan kami dalam proses untuk mengumpulkan lebih banyak mayat,” katanya pada sidang media secara langsung di TV3 di Felda Sahabat di sini.
Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa 13 mayat dijumpai semasa operasi itu.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada anggota keselamatan Malaysia yang cedera dalam operasi berkenaan.
“Kami menjalankan bedah siasat sepenuhnya terhadap mayat bagi mengenal pasti bagaimana mereka mati,” katanya.
Kedua-dua menteri itu turut menunjukkan gambar-gambar senjata yang dirampas di tempat kejadian dan mayat seorang lelaki bersenjata yang ditembak dan mati pada pukul 6.45 pagi.

OPS DAULAT : Sidang Media oleh Menteri Pertahanan & Menteri Dalam Negeri [Video]

OPS DAULAT : Menteri tunjuk gambar operasi dan 13 kematian pada media


Kerajaan mendedahkan gambar dan mengesahkan sekurang-kurangnya 13 kematian susulan operasi pengeboman yang dijalankan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata langkah tersebut bagi membuktikan bahawa kejadian yang berlaku bukan satu rekaan tetapi realiti yang berlaku di lapangan.

Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan.

Beliau turut menunjukkan gambar penceroboh yang ditembak mati pagi ini serta tiga lagi di satu kawasan perkuburan yang didakwa digali penceroboh.

Hishammuddin pula bagaimanapun enggan mendedahkan keseluruhan jumlah kematian di pihak musuh, kecuali yang dirakam dalam gambar tersebut.

Kerajaan mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu semalam.

OPS DAULAT : Empat Suspek Pengganas Sulu Ditahan



SEMPORNA: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.
Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.
Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.
"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.

OPS DAULAT : Seorang Pengganas Sulu Ditembak Mati Pagi Rabu


KAWAL... Kelihatan anggota polis dan tentera berkawal di jalan Kampung Tanjung Labian di sini, Rabu. 
Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu kini turut menjadi zon merah dan semua penduduk kampung itu telah dipindah keluar bagi mengelak sebarang ancaman penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang dikhuatiri telah menyusup masuk ke kampung itu.
 
-fotoBERNAMA
LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu.
Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai penduduk kampung.
Bagaimanapun Ismail enggan mendedahkan butiran lanjut Ops Daulat termasuk jumlah mayat pengganas yang ditembak mati.

LAHAD DATU : Ops Daulat diteruskan pagi ini - keadaan terkawal



LAHAD DATU 6 Mac - Operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, dekat sini diteruskan hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal.

Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo.

Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka.

Di bandar Lahad Datu, kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo, keadaan masih terkawal dan tenang.

Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat juga diperketatkan. Nama wakil media yang bertugas di kawasan itu juga direkodkan pihak polis bagi tujuan keselamatan..

Pemeriksaan juga dilakukan terhadap van dan kenderaan yang membawa penumpang yang ramai. - BERNAMA



05 March 2013

OPS DAULAT : 600 Penduduk telah dipindahkan 2 hari lepas



LAHAD DATU: Kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, di sini dipindahkan ke Dewan Embara, dekat sini susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu, Selasa.
Empat kampung terbabit ialah Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani.
Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian, Assafal Alian berkata mereka diaraholeh pasukan keselamatan supaya berpindah ke dewan itu sejak dua hari lepasdengan semua keperluan makanan disediakan, namun tidak dimaklumkan sehingga bilaperlu berada di situ.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive