06 March 2013

OPS DAULAT : Menteri tunjuk gambar operasi dan 13 kematian pada media


Kerajaan mendedahkan gambar dan mengesahkan sekurang-kurangnya 13 kematian susulan operasi pengeboman yang dijalankan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata langkah tersebut bagi membuktikan bahawa kejadian yang berlaku bukan satu rekaan tetapi realiti yang berlaku di lapangan.

Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sama menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan.

Beliau turut menunjukkan gambar penceroboh yang ditembak mati pagi ini serta tiga lagi di satu kawasan perkuburan yang didakwa digali penceroboh.

Hishammuddin pula bagaimanapun enggan mendedahkan keseluruhan jumlah kematian di pihak musuh, kecuali yang dirakam dalam gambar tersebut.

Kerajaan mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive