LAHAD DATU: Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.
Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa.
Hingga kini jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam Op Daulat ialah sembilan orang.
Sebelum ini seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.
2 comments:
yang aku tak suka ni berita di tv tak ulang kematian perajurit tsb dalam berita tak mcm berita yang polis kena temabk tu. Aku tengok tv cerita lain. Ada beza darjat rasanya TV kat malaysia ni kalau melibatkan ATM. Aku Kecewa ATM adalah segalanya bagi aku
tetiba aku cukup tesentuh..bdenyut jantong aku..n sebak bila dgr berita angota tntra yg tekoban.. tak mcm angota yg gugur sblm nih.. baru aku tau yg aku 'lebih' sayang kat tentera..apapun aku sayang mrk sume..alfatihah..
Post a Comment