Beliau menyatakan, laporan tersebut akan dilakukan hari ini namun tidak menyatakan waktu dan di balai polis mana laporan tersebut akan dibuat.
Khairy Jamaluddin ketika dihubungi Utusan Onlinemelalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai amat biadap.
"Satu tindakan yang amat biadap. Saya tidak terkejut jika beliau seorang penyokong pembangkang yang sengaja mahu sabotaj BN dalam PRU akan datang, kononnya menyamar sebagai penyokong BN yang tidak senonoh dan tidak beradab," katanya menerusi SMS hari ini.
Gambar wanita tersebut yang dimuatkan di dalam laman sosial Facebook dengan akaun nama "Alvin and Vivian - Alvivi" itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Kebanyakan pembaca mengkritik tindakannya itu.
Alvin dan Vivian pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video aksi seks mereka dalam sebuah blog, yang telah dinyahaktifkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Oktober 2012.

- Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment