02 April 2013

Hassnar Ibrahim (bekas DO Sandakan - yang kaitkan Mahathir dengan projek IC) dilapurkan hilang


Hassnar Ibrahim (bekas DO Sandakan) merupakan individu yang bertanggungjawab mendedahkan perihal projek IC dan rusuhan di Sabah angkara Tun Mahathir, telah hilang dan tidak dapat dikesan. Beliau bersama isterinya telah menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari Ahad dan kemudian langsung tidak dapat dihubungi lebih dari tempoh 24 jam.
OLYMPUS DIGITAL CAMERASolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan Hassnar dan isteri di atas situasi ini. Kedudukan Pak Hassnar mungkin berbahaya kepada pihak tertentu kerana pendedahan sensasi yang dilakukan khususnya memetik Tun Mahathir sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di Sabah yang menjurus kepada berlakunya pencerobohan Lahad Datu.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu petang tadi.
Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48994

1 comment:

Anonymous said...

Gentlemen lah berpolitik wahai puak umno bn haram jadah org dah tak suka bawa lah diri jauh jauh ke alam kubor . Tak reti bahasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive