11 April 2013

Jangan guna SOSMA untuk kempen Pilihanraya - Sivarasa


PETALING JAYA  11 APRIL: Kenyataan Penolong Pengarah Undang-undang dan Pendakwaan PDRM, Datuk Razali Basri bahawa polis akan menggnakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) bercanggah dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Saif_SivaSetiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin menjelaskan, pertemuannya dengan SPR sebelum ini menyatakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1994 yang akan digunakan.
“Merujuk nota ikhtisar SPR dengan parti politik, jawapan SPR kepada soalan sama ada Akta Perhimpunan Aman (akan digunakan) SPR menegaskan semua bentuk kempen (tertakluk) dibawah menyatakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1994
“Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) tak terpakai. Itu pengasingan yang sangat jelas. SPR patut beri kenyataan kerana pandangan yang berbeza,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Terdahulu, Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah merujuk kenyataan Razali versi The Star semalam bahawa polis akan menggunakanAkta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma) sepanjang tempoh kempen pilihan raya.
Razali dalam laporan itu menyebut, individu yang didapati menimbulkan kekecohan atau ancaman keselamatan sepanjang tempoh berkempen akan disiasat di bawah Sosma dan didakwa mengikut Kanun Keseksaan.
” Ada undang-undang biasa seperti Kanun Keseksaan (Penal Code) boleh digunakan. Kita desak polis hentikan kenyataan seperti ini.
“Kita nak ingatkan polis badan atau institusi yang ada kuasa (dalam urusan pilihan raya) bukan polis. Pihak utama adalah SPR.
“Jangan guna Sosma untuk kempen pilihan raya Undang-undang ini cukup teruk, digubak untuk menggantikan ISA. Tak ada kaitan dengan perjalanan dan aktiviti dalam tempoh kempen,” kata Sivarasa.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50042

1 comment:

Anonymous said...

Hanya boleh guna sos cili, sos tomato, dan sos tiram faham tak amporno hamlau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive