Manifesto Najib Bakal Humban BN Dari Putrajaya!
Jika diimbas sepintas lalu, nampaknya tidak banyak pembaharuan yang akan dibuat BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya selain hanya mengulangi perkara sama yang pernah dijanjikan pentadbirannya namun tidak pernah ditepati.
Kedudukan Najib Altantuya selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) juga tidak banyak membantu memulihkan sokongan terhadap BN walaupun merepek meraban hampir sejam dan diulas pencacai tegar Umno seperti profesor ulung, Shamsul Amri Baharuddin selepas itu.
Gula-gula Najib Altantuya seperti bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan dari RM500 kepada RM1200 sekiranya mandat diberikan semula juga pantas ditempelak penyokong Pakatan Rakyat yang secara sinis berkata apa gunanya umum pendapatan naik 41% tetapi bantuan BR1M dinaikkan pula.
Tidak cukup dengan itu, idea Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta juga ditiru bulat-bulat Najib Altantuya walaupun sebelum itu menempelak Pakatan Rakyat kononnya negara akan muflis sekiranya cadangan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dilaksanakan.
Selain itu janji kitar semula seperti pembinaan lebuhraya Pan Borneo antara Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah turut diciplak tanpa rasa malu apatah lagi mengakui bahawa Pakatan Rakyat bukan setakat akan membina lebuhraya tersebut malah turut memanjangkannya kepada pantai timur Sabah seperti ke Sandakan dan Semporna pada majlis deklarasi Hari Malaysia di Kuching pada 16 September tahun lalu.
Tidak lupa mengutuk Ketua Umum KEADILAN dalam 'manifestonya', Najib Altantuya juga seakan melakukan provokasi sama ada Malaysia mahukan dirinya atau Anwar ataupun Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai peneraju Malaysia selepas pilihanraya umum tidak lama lagi.
Pun begitu, rata-rata komen yang diberikan di laman Facebook Najib Altantuya juga banyak yang mempersoalkan data-data yang diumumkan kerana pendapatan cuma naik 2.6 peratus sedangkan harga barang dan kadar inflasi meningkat lebih 6 peratus dalam masa yang sama.
Sambil mengakui pilihanraya ini merupakan hidup atau mati BN dalam politik negara, Najib Altantuya juga tanpa segan silu merayu supaya mandat terus diberikan kepada BN tanpa memerhatikan pemimpin di sekelilingnya sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa.
Lihat saja Taib Mahmud, Shahrizat Jalil, Muhyiddin Yassin malah ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sendiri, kesemuanya terpalit dengan skandal rasuah dan Khairy pula dikaitkan dengan hutang tak berbayar RM9 juta dengan Bank Pertanian Malaysia semasa bapa mertuanya berkuasa dulu.
Pembentangan manifesto BN yang dilakukan serba kacau bilau diburukkan lagi dengan kehadiran penonton yang dibayar dengan wang saku dan diberi sekeping kad I Love PM sebagai tanda sokongan.
Tambah memalukan apabila kerusi yang sepatutnya penuh di atas tidak mampu disorokkan media rejim Umno seperti TV3 apabila pantas mengalih kedudukan kamera apabila mengetahui kedudukan Najib Altantuya dibayangi dengan lautan kerusi merah di belakangnya.
Persoalannya, mengapa Najib Altantuya seakan 'membunuh diri' dengan menyampaikan manifesto ciplak di saat BN sangat memerlukan sokongan bagi meneruskan pemerintahan di Putrajaya
Klimaks manifesto yang ditunggu-tunggu akhirnya tidak muncul kerana ramai yang mengharapkan Najib Altantuya mengumumkan akan memerangi rasuah dan salah guna kuasa pemimpin Umno dan BN sendiri termasuk Taib.
No comments:
Post a Comment