PENGARAH Strategi KEADILAN, saudara Rafizi Ramli, dalam sidang media sebentar tadi di ibu pejabat KEADILAN, mengumumkan akan mengambil satu lagi tindakan saman terhadap blogger Papa Gomo.
Ini berikutan artikel fitnah yang dikeluarkan oleh blogger tersebut di blog miliknya pada 11 April 2013 yang mendakwa kononnya Rafizi Ramli dibuang kerja dari Petronas kerana pecah amanah dan selalu ponteng kerja.
Rafizi bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau sebenarnya meletakkan jawatan kerana mahu bertukar kerjaya dan bukanlah seperti yang didakwa oleh Papa Gomo.
Tambah Rafizi lagi, beliau telah mengeluarkan satu artikel di blognya sebelum ini untuk menjawab fitnah Papa Gomo tersebut dengan harapan blogger lucah nombor satu Umno itu akan menarik balik artikel yang ditulisnya, namun ia tidak berlaku.
Justeru, beliau telah mengarahkan peguamnya saudara Razlan untuk mengambil tindakan saman ke atas Papa Gomo yang dilihat begitu berani memfitnah dipercayai kerana mendapat sokongan daripada pimpinan Umno.
Rafizi yang mendapati sukar untuk menghantar surat saman kepada Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, percaya pengumuman blogger tersebut untuk bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pauh adalah helahnya untuk menyembunyikan identiti.
Rafizi meramalkan, Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) akan mengupah orang lain untuk bertanding di Permatang Pauh menggantikan dirinya sekaligus menyembunyikan identitinya sebagai pengendali blog Papa Gomo.
2 comments:
Saman jangan tak saman, kalau nama dah jelas muka dah jelas maka tidak ada masalah untuk menyamannya. Papagomo hanya nama samran. Dapatkan maklumat tentang blog sebelum diistiharkannya bahawa blog itu bukan papagomo punya. Kalau bukan mengapa dia Wan azri yang beriya-iya benar menjawab bagi pihak papagomo, sepatutnya papagomolah yang sepatutnya muncul menjawab.. ini bermakna ada udang disebalik batu ATAU bersubahat atau lkebih jelas lagi penipu. menjawab untuk Papa GOmo. Sewbelum ini atas nam papgomo telah disaman dengan menunjukkan muka yang sama mak tidak menjadi masalh kerana terbukti dia cuba menipu.
saman cukup-cukup ...jangan bagi can ... bagi dia serik ... bagi dia sedar panas tak sampai ke petang ... utusan sudah dedahkan identiti papagomo ... itu sudah jelas ... tak dapat bayar saman, bagi dia merengkok dalam penjara....!!!!!
Post a Comment