01 April 2013

“Saya memang ada memberi bantuan kewangan kepada pewaris Sultan Sulu" - Datuk Seri Muhammad Ridzwan


Oleh Ardyhansah Amat dan Na’imah Mohamed


Lahad Datu: “Saya memang ada memberi bantuan kewangan kepada pewaris Sultan Sulu, tetapi bukan kepada Jamalul Kiram III,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia (Al-Ehsan), Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman.
Ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib bahawa polis sedang mencarinya, Muhammad Ridzwan berkata, bantuan yang disalurkan itu terus kepada seorang daripada pewaris Sultan Sulu iaitu Muedzul Lail Tan Kiram atas dasar sesama Islam dan langsung tidak ada kena-mengena dengan pencerobohan oleh pengganas di Sabah.
Malah, katanya, bantuan itu diberikan dari semasa ke semasa sejak dulu.
“Saya hanya mengetahui dikehendaki polis selepas dihubungi rakan. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis di Kedah. “Saya akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi esok (hari ini) bagi memberikan kerjasama penuh terhadap pihak polis.


“Ingin saya tegaskan, saya menolak keras kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, apatah lagi memberikan apa saja bantuan kepada pengganas terbabit,” katanya ketika dihubungi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive