LAHAD DATU: Tujuh warga selatan Filipina pada Isnin didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.
Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.
Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan. Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.
Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar.
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah.
Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.
Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh. -BERNAMA
1 April 2013
Ada pihak cuba cemar nama baik Ridhwan
1 April 2013
KUALA LUMPUR - Pembantu peribadi Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini, mendakwa ada pihak cuba mencemar nama baik majikannya itu dengan mengaitkannya dengan insiden Lahad Datu.
Hasbiallah Hakaman berkata ini kerana Ridhwan, 47, ada menguar-uarkan bahawa beliau bercadang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Prai.
"Mungkin isu ni timbul kerana dia ada uar-uarkan dia nak bertanding di sana...dia adalah calon yang disukai rakyat di sana. Siapa main konspirasi ni, saya tak tahu," katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, hari ini.
Ketika ditanya sama ada penahanan tersebut akan menjejaskan nama Ridhwan, Hasbiallah berkata: "Belum jatuh kesalahan lagi, jadi tak boleh kata nama dia terjejas."

Ketika ditanya mengenai hubungan Ridhwan dengan Sultan Muedzul Lail Tan Kiram, beliau berkata ia hanya sekadar hubungan perniagaan dan kini tidak lagi berhubungan.
"Hubungan perniagaan ini berlaku sebelum kejadian (pencerobohan militan) di Lahad Datu (Sabah) lagi. Mereka membuat perniagaan kelapa kering dan Ayahanda (Ridhwan) ada bantu orang di sana yang miskin," katanya dan enggan mendedahkan jumlah dana yang disumbangkan.
Ketika ditanya mengenai reaksi Ridhwan yang ditahan di bawah Sosma, Hasbiallah berkata: "Moral dia ok, dia tak ada masalah. Dia tahu dia di pihak yang benar dan dia yakin itu, lagipun persatuan tu bukan ditubuh untuk buat keganasan, tapi untuk kebajikan.
"Kami ada bukti-bukti dia (Ridhwan) tak terlibat. Dia ditahan di bawah Sosma. Esok polis akan beritahu lanjut tentang penahanan ini dan saya serahkan pada lawyer," katanya.

Muhammad Ridhwan merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia. - Bernama
No comments:
Post a Comment