Kedah sedia laksana AES
24 Mei 2013
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13.
Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya.
Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak.
“AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini.
“Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, pelaksanaan AES bukan bertujuan memerangkap kelajuan pemandu secara tersembunyi, sebaliknya mahu pemandu lebih berhati-hati.
“Kita akan pasang AES di kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Kita tidak menganiayai pengguna, malah akan letak papan tanda amaran tiga kilometer lebih awal dari kamera supaya pemandu dapat memperlahankan kenderaan masing-masing,” katanya.
Ditanya masa yang sesuai menguatkuasaan AES, Tajul berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan dan perlu perbincangan lanjut.
“Kita tidak tahu lagi bila akan pasang di Kedah tetapi kemungkinan besar kita akan pasang,” katanya.
Sebelum ini, Kerajaan negeri di bawah PR yang diterajui Pas, membuat keputusan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan AES kerana didakwa membebankan rakyat.
Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Sungguhpun begitu, penguatkuasaan AES tetap dilaksanakan di negeri yang ditadbir BN bertujuan mengurangkan kemalangan maut disamping merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah.

6 comments:
Tak guna...duit di kumpul dari saman aes, cukai dan keuntungan negara hasil titik peluh orang bandar/pertengahan yang bekerja 24 jam. Duit tu kemudian diumpan dengan brim kpd orang kampung untuk pastikan mereka sentiasa menang. Teruskan perjuangan dan sedarkan orang kampung. Mereka pun akan susah bila anak yg habis belajar tapi x ada kerja. Semua dah terlambat.bila sampai tahap gitu.
ostad jijan kata "alhamdulillah... nasib baik aku dok spital. tak kena AES."
Aku harap penyokong UMNO dan puak PAS yang pangkah UMNO redha dengan saman AES. Padan muka. Saman orang kampung penyokong UMNO yang bodoh tu. Baru depa tau langit tinggi rendah. Kah...kah

Ok je bagi aku..tak ada masalah..bagus hape.
Aku orang Kedah.
Baguihlah... padan muka hampa sebab dok aksen sangat dengan aku... mentang-mentanglah hampa ada kereta, ke sana ke sini tak bawa aku. Aku taulah aku cuma ada gerek je dan tak pernah keluar dari kampung... kecuali ada bas umno mai ajak pi jumpa PM.
Post a Comment