06 May 2013

Himpunan 8 Mei Kelana Jaya


Himpunan untuk bantah penipuan pilihan raya - Anwar 

KUALA LUMPUR 6 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru penyokong Pakatan Rakyat hadir ke Stadium Kelana Jaya Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13. 

"Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan Datuk Seri Najib Razak.

"Gerakan untuk perubahan tidak boleh dihalang. Permintaan rakyat untuk memiliki pilihan raya yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan yang kita pilih bertanggungjawab, telus dan tiada rasuah akan terus bergema kuat di sebalik keputusan PRU 13," katanya pada kenyataan seperti dilapor Malaysiakini.



Anwar berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi memastikan SPR yang baru dan bebas ditubuhkan bagi menangani penipuan pilihan raya.

Katanya, beliau juga akan berusaha bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mempersoal kesahihan kerajaan yang dibentuk oleh BN.

"SPR bertanggungjawab kerana bersubahat dalam penipuan pilihan raya yang paling buruk dalam sejarah kita. Perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu perjuangan yang penting bagi mana-mana rakyat Malaysia.

"Saya akan memberi sepenuh masa dan tenaga saya bersama Bersih dan rakyat Malaysia untuk memastikan SPR yang baru dan bebas ditubuhkan secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya.

"Kita tidak boleh membenarkan diri kita menerima keputusan pilihan raya melalui penipuan dan menipu.

"Hati saya akan bersama dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan ini. Saya akan berusaha ke arah konsensus kebangsaan untuk mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui penipuan pilihan raya itu," kata Anwar lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Teruskan datok seri..kami menyokong penuh anda...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive