21 August 2013

TERKINI : Kemalangan Genting Highlands - 37 maut

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berusaha mengeluarkan mangsa. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan. - foto THE STAR
PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.
Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53.
Antara mangsa yang berjaya diselamatkan. - foto THE STAR
Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan.
Usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan. - foto THE STAR
Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter.


KUALA LUMPUR: Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu kota terjunam dalam gaung setin
ggi 80 meter dalam kejadian di Kilometer 3.6 Jalan Genting - Kuala Lumpur kira-kira jam 2.46 petang tadi.
Setakat jam 5 petang, lapan lelaki dan lima wanita berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. 
Bagaimanapun, usaha menyelamatkan lebih 30 mangsa lain masih diteruskan.

Mangsa pertama merupakan seorang wanita Melayu berusia 20-an berjaya dibawa keluar kira-kira jam 3.30 petang.

Dipercayai 49 penumpang berada dalam bas ketika kejadian.

KUALA LUMPUR - Lebih 30 penumpang dikhuatiri maut apabila sebuah bas ekspres dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur jatuh ke dalam gaung sedalam 150 meter di KM3.5 dari Genting Highlands petang ini.
    
Penolong Pengarah Penguasa Bomba Wilayah Persekutuan Azizan Ismail berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.45 petang.
    
"Daripada 49 penumpang bas itu, seorang daripada 17 yang dapat dikeluarkan telah meninggal dunia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
    
Beliau berkata dikhuatiri lebih 30 mangsa yang masih berada di dalam bas itu maut, dan kini operasi mengeluarkan mayat sedang dijalankan.
    
Tinjauan Bernama mendapati beberapa buah kenderaan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan ambulans berada di tempat kejadian dan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa.
    
Mereka menggunakan kren untuk menurun dan membawa keluar mangsa yang cedera. - Bernama


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive