04 August 2013

Minggu paling menakutkan di Malaysia

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH

Tujuh kes tembak melibatkan senjata api kebanyakan darinya merupakan kes bunuh jarak dekat  dan dua darinya merupakan kes berprofil tinggi.

Kejadian terbaru berlaku di Cheras Perdana hari ini pada jam 1.30 petang.

Bekas pesalah B Balamurali, 36 ditembak tiga kali didada oleh dua lelaki yang menceroboh rumahnya lalu menembaknya di ruang tamu rumah.

"Dua suspek dilihat ditempat kejadian menunggang motosikal Yamaha LC,"  kata Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Abdul Wahab.

Balamurali baru saja dibebaskan dari penjara pada Jun lalu dan menurut rekod mangsa disabitkan dengan enam kesalahan termasuk mencuri dan yang berkait dengan dadah.

Peningkatan kes tembakan menggemparkan negara apabila tujuh hari berturut-turut menyebabkan polis digesa menumpukan  semula sepenuhnya menyelesaikan kes pembunuhan berbanding menangani kes saman bloger dan menangkap pelatih anjing juga aktvis hak asasi manusia.

Polis dan Menteri Dalam Negeri menyalahkan kejadian tembak bunuh kerana pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) dimana mereka mendakwa menyebabkan penjenayah bebas kembali membalas dendam membunuh pemberi maklumat.

Dakwaan itu bagaimana pun ditolak pemimpin pembangkang yang mengkritik polis hanya  mahu perkenalkan undang- undang baru tapi tidak mahu meningkatkan usaha siasatan untuk menangkap suspek.

Dilaporkan terdapat lebih dari 20 kes yang melibatkan pembunuhan senjata api pada berapa bulan kebelakangan ini termasuk seminggu lalu membabitkan kes berprofil tinggi seperti aktivis dan pengasas bank.

Sabtu lepas pemantau jenayah Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan ditembak didada oleh dua penunggang motosikal ketika mangsa yang sedang memandu kereta BMW dan berhenti di persimpangan lampu isyarat di Taman Cempaka Negeri Sembilan kira kira 4.30 petang sehingga menyebabkan mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun mangsa kini dilaporkan semakin pulih dan stabil.

Sehari selepas itu, seorang pemilik syarikat keselamatan Jasrafveendeerjeet Singh, 25, ditembak mati sekurang- kurangnya empat tembakan.

Tembakan turut mengenai rakannya hingga menyebabkan kecederaan kepada dua rakannya ketika mereka sedang minum di sebuah restoran di Ipoh.

Ia disusuli dengan pembunuhan Pengasas Bank Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi dan isterinya di lorong Ceylon di Kuala Lumpur.

Hussain yang berumur 75 tahun itu ditembak dua kali didada dan mati ditempat kejadian.

Isterinya pula cedera.

G Santhana Samy ditembak di bahagian peha kanan oleh suspek ketika beliau sedang dalam perjalanan di Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam pada masa yang sama.Dia dibawa ke Hospital Kulim bagi mendapatkan rawatan.

Rabu lalu, seorang pemandu Kilang N Jeevandran 26 ditemui mati dengan kesan dua kesan tembakan dibadannya di Permai Utama Parit Buntar.

Semalam saudagar emas Wong Fi Yui nyaris maut apabila ditembak tiga kali oleh pembunuh upahan.

Bagaimana pun mangsa hanya cedera di bahagian bahu ketika dia berhenti di persimpangan lampu isyarat Pandan Indah.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (Pemandu) Datuk Seri Idris Jala mengistihatkan kerajaan akan menggunakan undang-undang sedia ada dan undang-undang baru akan diperkenalkan bagi menangani masalah jenayah yang serius. - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive