06 November 2013

Adik Kim Kardashian Ditawar Berlakon Filem Lucah Dengan Bayaran RM6 juta


Kendall baharu sahaja menyambut hari jadinya yang ke 18 pada Ahad lalu.
ADIK kepada bintang realiti Kim Kardashian iaitu Kendall Jenner dilaporkan telah ditawarkan untuk berlakon dalam filem lucah dengan bayaran sebanyak RM6 juta (USD2 juta).
TMZ.com melaporkan, Kendall menerima tawaran itu sejurus selepas dia menyambut hari jadinya yang ke 18 pada Ahad lalu.
Kendall yang juga seorang model telah diminta untuk menghadirkan diri untuk uji bakat oleh enam buah syarikat yang menerbitkan filem lucah.
Bagaimanapun pengurus dan ibu kepada Kendall iaitu Kris Jenner enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Kendall juga disebut-sebut sebelum ini sebagai wajah baharu Victoria Secret kerana wajahnya yang cantik.
Kakaknya, Kim sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi apabila video lucahnya bersama penyanyi Ray J tersebar luas di Internet pada 2007.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive