Showing posts with label filem porno. Show all posts
Showing posts with label filem porno. Show all posts

08 October 2014

Nadya berlakon filem porno kerana hutang

LOS ANGELES: Nadya Suleman, wanita yang melahirkan anak kembar lapan, bersetuju berlakon dalam sebuah filem porno untuk membantunya membayar hutang berjumlah lebih RM3 juta.

Nadya, 36, mempunyai enam anak sebelum melahirkan kembar lapan itu, tiga tahun lalu.

Dia kini sudah memfailkan untuk mengisytiharkan dirinya muflis selepas gagal membayar hutang, termasuk hutang rumah, bil elektrik dan wang yang dipinjam daripada sebuah sekolah.
Petugas pelindung kanak-kanak di California juga mengunjunginya selepas laporan menyatakan anaknya hidup dalam kesengsaraan.

Nadya yang berbogel untuk sebuah majalah dengan bayaran RM19,000 awal tahun ini, pernah berikrar untuk tidak berlakon dalam filem lucah.

21 December 2013

Bikin Filem Lucah : Guru wanita dan pasangan warga Pakistan dihadap ke Mahkamah

Melaka: Seorang guru wanita sekolah kebangsaan dan peniaga lelaki warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan membuat filem lucah.
Kedua-dua tertuduh, Lizah Buang, 49, dan pasangannya Muhamad Usman Ali Liqat, 27 tidak mengaku bersalah atas pertuduhan ke atas mereka di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membuat filem lucah atau bertentangan dengan kesopanan awam di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama jam 8.30 pagi pada 16 November lalu.

06 November 2013

Adik Kim Kardashian Ditawar Berlakon Filem Lucah Dengan Bayaran RM6 juta


Kendall baharu sahaja menyambut hari jadinya yang ke 18 pada Ahad lalu.
ADIK kepada bintang realiti Kim Kardashian iaitu Kendall Jenner dilaporkan telah ditawarkan untuk berlakon dalam filem lucah dengan bayaran sebanyak RM6 juta (USD2 juta).
TMZ.com melaporkan, Kendall menerima tawaran itu sejurus selepas dia menyambut hari jadinya yang ke 18 pada Ahad lalu.
Kendall yang juga seorang model telah diminta untuk menghadirkan diri untuk uji bakat oleh enam buah syarikat yang menerbitkan filem lucah.
Bagaimanapun pengurus dan ibu kepada Kendall iaitu Kris Jenner enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Kendall juga disebut-sebut sebelum ini sebagai wajah baharu Victoria Secret kerana wajahnya yang cantik.
Kakaknya, Kim sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi apabila video lucahnya bersama penyanyi Ray J tersebar luas di Internet pada 2007.

10 November 2011

Filem porno : 2 kembar Indonesia popular di Amerika

JAKARTA: Sejak berita mengenai dua bintang filem porno popular di Amerika Syarikat, Jade dan Nyomi Marcela (gambar) berasal dari Tegal, Jawa Tengah, ia menimbulkan perbincangan hangat pro dan kontra di antara artis seksi di Indonaesia.

Malah, Datuk Bandar Tegal, Ikmal Jaya kesal dan mengecam dua beradik kembar yang telah membintangi ratusan filem seks.

Artis seksi, Nikita Mirzani berpendapat, keputusan dua saudara kembar untuk menjadi bintang porno di Amerika, adalah keputusan peribadi dan hak mereka sendiri.

“Bagi mereka, itu mungkin keputusan yang terbaik. Di luar negara setiap pekerjaan itu memang dihargai,” kata Nikita kepada Pos Kota. semalam.


20 April 2011

Filem porno 3D pertama di dunia ... yang pasti bukan dari 3Boroi Production hahaha

Bayangan orgi, kemewahan dan grafik adegan-adegan seks berjaya menarik ramai penggemar filem Hong Kong untuk menghadiri pelancaran sebuah filem apa yang digambarkan sebagai sebuah filem porno 3D yang pertama dunia.

Menurut AFP, filem berharga US$3.2 juta "3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy" telah dibuka untuk tayangan dan pawagam-pawagan filem telah penuh sesak diseluruh Hong Kong pada hari Khamis lalu. Berdasarkan satu karya erotik Cina klasik, "The Carnal Prayer Mat," filem itu mengisahkan seorang pemuda yang bersahabat dengan seorang bangsawan Inggeris dan memasuki sebuah dunia seksual peccadilloes pada dinasti Ming, Reuters melaporkan.

Profesional-profesional, pesara dan pelajar-pelajar telah beratur panjang di luar panggung wayang di Causeway Bay , salah satu daripada kawasan membeli-belah paling sibuk di Hong Kong, demi untuk mendapat sekeping tiket. Terdapat juga diantara mereka itu ramai penonton wanita, yang tidak malu-malu menyatakan minta mereka terhadap filem itu.

"Saya biasanya bukanlah seorang penggemar filem, tetapi untuk (filem) ini terlalu sayang jika terlepas," Justin Lai berusia 32 tahun memberitahu AFP ketika dia menanti di sebuah panggung wayang di Causeway Bay. "Saya ingin sekali melihat bagaimana porno 3D pada layar besar." tambah pelajar kolej berumur 21 tahun, Yan Shek: "Ini kali pertama filem X di tayangkan di dalam wayang gambar. Ia pasti sangat menarik."

Kebimbangan sama ada filem ini akan mencatat box office dengan cepat terhapus pada hari Rabu lepas, apabila laman-laman web tempahan awal di Hong Kong memberitahu bahawa semua tiket hampir habis dijual untuk tayangan hujung minggu, menurut laporan berita Wall Street Journal. Sebagai tayangan tambahan, pengendali filem ini akan mengadakan satu rombongan khas bagi penggemar filem dari Taiwan dan pelancong-pelancong dari benua China untuk datang ke Hong Kong, di mana terdapat undang-undang penapisan filem yang ketat di sana.

Penerbit eksekutif Stephen Shiu Jr. memberitahu Hollywood Reporter satu filem sambungan untuk filem ini, yang pernah ditolak oleh IMAX, dijangka mula menjalani pengambaran pada hujung tahun ini. - malaysiadigest

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive