18 December 2013

ATM terima maklumat risik pengganas cuba masuk Sabah.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan menerima maklumat terdapat cubaan kumpulan militan dari selatan Filipina yang dipercayai ada kaitan dengan kes penculikan wanita warga Taiwan di Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah, pada 15 November lalu, memasuki semula perairan negeri itu semalam.

Panglima 1 Divisyen Infantri, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar (gambar) berkata, berdasarkan maklumat risikan, kumpulan militan tersebut telah melintasi beberapa pusat peranginan di negeri tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan tujuan kumpulan terbabit memasuki perairan negara.


Mohd. Zaki menegaskan, pihak ATM sentiasa berhubung rapat dengan semua pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Penculikan yang berlaku baru-baru ini adalah di bawah bidang kuasa polis namun ATM sentiasa bersiap sedia dengan langkah pengawasan yang lebih besar sekiranya berlaku sebarang kejadian yang mengancam keselamatan negara.

“Sehingga tengah malam tadi, ATM tidak menerima sebarang maklumat mengenai pencerobohan pengganas Kiram di Sabah.

“Tetapi ada maklumat daripada sumber mengenai kumpulan pengganas terlibat dalam kes penculikan di Pulau Pom-Pom memasuki perairan yang menempatkan beberapa pulau peranginan di Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Syarahan Ancaman Bahaya Syiah yang dihadiri oleh 400 pegawai dan anggota lain-lain pangkat di Kem Penrissen di Kuhcing Selasa.-17/12/2013

[HR]

[B]ESSCOM nafi khabar angin ada cubaan kumpulan Abu Sayaf nak serang Timur Sabah[/B]

 [IMG]/images/stories/lahad-tempurxx513.jpg[/IMG]Jangan panik dengar khabar angin yang berlegar konon kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) hendakk menceroboh masuk untuk serang kawasan pesisir pantai timur Sabah.

Nasihat ini diberi oleh Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad sendiri menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa.

"Berdasarkan risikan yang diperoleh ESSCOM, setakat ini tiada cubaan untuk menceroboh masuk oleh kumpulan Abu Sayyaf atau MNLF seperti didakwa. Oleh itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak berasas termasuk melalui media sosial,"katanya.

Beliau berkata keadaan keselamatan di kawasan itu yang dikenali sebagai Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) adalah terkawal dan terjamin.

Zon tersebut merangkumi 10 daerah meliputi jarak 1,733.7 kilometer dari Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Sehubungan itu Mohammad meminta orang ramai, bertenang dan tidak sesekali percaya kepada khabar angin yang boleh mengeruhkan keadaan.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing.

Khalid berkata demikian kepada pemberita di Kuala Lumpur ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan MNLF mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan).

Mohammad berkata kawalan keselamatan di ESSZONE diperketatkan termasuk bilangan rondaan pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin.

"Kita juga meningkatkan pengawasan dan kawalan di pos-pos keselamatan bukan sahaja di pos kawalan di pulau tetapi juga di pos kawalan daratan," katanya.

Selain itu, Mohammad berkata ESSCOM, yang dipertanggungjawab menyelaras agensi pertahanan dan keselamatan di ESSZONE, mewujud dan menempatkan Pasukan Tindakan Pantas di beberapa tempat strategik bagi memintas bot atau kumpulan tertentu yang cuba memasuki perairan negara ini untuk melakukan jenayah penculikan.

"Pewujudan Pasukan Tindakan Pantas ini juga bertujuan untuk memastikan tidak berlaku atau mengelak sebarang pencerobohan.

"Bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di kawasan maritim kita, aset pertahanan dan keselamatan seperti kapal terbang dan helikopter turut digunakan," katanya.

Justeru, Mohammad memberi amaran kepada mereka yang cuba bersekongkol dengan pihak musuh, termasuk memberi maklumat kepada kumpulan yang ingin atau cuba menceroboh masuk untuk tujuan aktiviti penculikan, supaya tidak berbuat demikian kerana tindakan tegas akan dikenakan.-17/12/2013

[HR]

Pangganas nak serang Sabah esok...?[hari ini]

Entah betul atau gempak saja lebih, khabar angin mengenai Pengganas dari Selatan Filipina hendak serang Malaysia esok dan hari Khamis ini tersebar luas.

Sampaikan polis sendiri mengaku mereka terima maklumat tersebut.

Bagi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing.

Menurutnya bagi memastikan ancaman itu ditangani dari awal, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Marin, Pasukan Gerakan Am dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melancarkan pelbagai operasi.

“Operasi itu termasuklah Ops Cantas Khas oleh PDRM dan Ops Gasak oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah. Melaluinya kita akan ‘flush out’ semua anasir yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan), pada esok dan hari Krismas ini.

“Kami terima maklumat itu dan kami bersiap sedia,” kata Khalid.

Pada 1 dan 2 Mac 2013 akan dikenang sebagai detik hitam yang menyaksikan kedaulatan negara dicabar dan lapan wira tanah air gugur mempertahankannya.

Pada tarikh itu bumi Lahad Datu dan Semporna, Sabah, bermandi darah apabila senjata api kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memuntahkan peluru menembusi tubuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mereka memburu pengganas yang mendakwa daripada kesultanan Sulu.

Kumpulan itu dikenal pasti pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa dia waris sah kesultanan Sulu, menceroboh dan mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Feb bagi merampas kembali wilayah mereka di pantai timur Sabah tersebut.

Pencerobohan kumpulan pengganas itu turut mengorbankan dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebanyak 68 anggota militan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara.- Agenda Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive