04 December 2013

Banjir : Bandar Kuantan Lumpuh

Bandar Kuantan lumpuh, tapi Speaker BN tolak usul darurat Fuziah
Sidang Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh untuk mengisytiharkan darurat bagi kawasan yang terlibat dalam banjir walaupun beberapa bandar di Pahang dan Terengganu termasuk Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar di Pahang serta Kemaman di Terengganu hampir lumpur.
Speaker, Tan Sri Pandikar Aman Mulia, berkata usul tersebut ditolak kerana memerlukan notis selama dua hari secara bertulis.
Fuziah yang mempertahankan tindakannya itu berkata, apa yang diusulkan adalah perkara kecemasan dan Speaker boleh mempertimbang untuk mengenepikan peraturan kerana ia melibatkan nyawa rakyat.
"Saya tahu memang dalam peraturan memerlukan notis selama dua hari tapi Tuan Speaker ini soal kecemasan yang berlaku semalam, tidak mungkin perlukan notis dua hari, kalau macam itu orang mati dah," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akhirnya bangun memberi penjelasan bahawan bantuan kini digerakkan dengan menghantar pasukan penyelamat termasuk tentera.
Sementara itu, Bernama melaporkan keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan semakin banyak mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri ini.
Bandar Kuantan kini hampir lumpuh apabila kebanyakan kawasan terputus bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di sekitar bandar dinaiki air sehingga melebihi 1 meter akibat hujan tidak berhenti hingga hari ini.
Beberapa kawasan perkampungan dan perumahan di sekitar Kuantan turut terputus bekalan elektrik dan air, selain dinaiki air sehingga melebihi dua meter.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, sehingga jam 11 pagi tadi, sebanyak 11,721 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut.
"Di Kuantan, sebanyak 4,148 mangsa banjir ditempatkan di 33 pusat pemindahan, Rompin (3,615 mangsa di 10 pusat pemindahan), Pekan (2,716 mangsa di 9 pusat pemindahan), Maran (1,179 mangsa di sembilan pusat pemindahan) dan Jerantut (63 mangsa di sebuah pusat pemindahan).
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan premis perniagaan, swasta dan institusi kewangan di bandar Kuantan tidak beroperasi berikutan bekalan elektrik terputus.
Pengamal media di Pahang turut menghadapi kesulitan untuk beroperasi bagi melaporkan situasi banjir terkini di Pahang.
Penduduk di kawasan rendah dan kawasan perumahan di sekitar Kuantan diarah bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan dan dijangka berlaku air pasang dari laut dan bertembung dengan air Sungai Kuantan serta Sungai Lembing pada malam ini.
Beberapa pusat pemindahan juga mengalami masalah bekalan makanan dan keperluan asas berikutan kawasan penempatan mangsa banjir tidak dapat dihubungi menerusi jalan darat.
Sementara itu, pelbagai pihak khasnya kerajaan, parti politik dan pertubuhan sukarela menubuhkan bilik gerakan bagi membantu mangsa banjir.
Pemuda PAS turut menubuhkan bilik gerakan di samping Unit Amalnya diarahkan bergerak bagi membantu mangsa.
Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat dalam kenyataannya berkata, mereka melantik Ketua Bilik Gerakan Banjir DPPM, Yusapiza Ya’acob dan boleh dihubungi di 017 2692944. - TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=108092:bandar-kuantan-lumpuh-tapi-speaker-bn-tolak-usul-darurat-fuziah&Itemid=2#ixzz2mVJpOwrH



KETIKA air banjir menenggelami hampir keseluruhan bandar Kuantan, keajaiban berlaku di Masjid Al-Fatah, Batu 3, Jalan Gambang-Kuantan. Air keruh berlumpur yang membanjiri pekarangan masjid tersebut didapati menjadi jernih apabila memasuki ruang solat masjid. 

Masjid Al Fatah, Gambang Kuantan


Suasana sebuah jejantas di Simpang Tiga, Permatang Badak. Sayu hati melihat gambar ini bila anak-anak kecil dan kaum wanita terpaksa menumpang teduh di bawah jejantas untuk sementara waktu. Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita di sana.


Gambar: DTR Ai ~ Keadaan di simpang 3 permatang badak. Kesian tdo di jejantas je

info & pic ~ mokhzani pielangbikers wazup group



1 comment:

Anonymous said...

Hallo...BN BENGONG..!

kalau dah tak dapat tawan Parlimen Kuantan..jangan lah sampai banjir pun nak sekat. kalau main politik sampai ketahap ini....rakyat bukan BODOH. cukai rakyat bayar...jentera kerajaan adalah milik RAKYAT bukan milik BN. Walaupun beliau dari PKR sebagai ahli Parlimen tapi beliau adalah wakil Rakyat bagi Parlimen KUANTAN. Jangan main kotor...lah nyawa rakyat kuantan dalam keadaan bahaya. BOSAN Dan BODOH dengan PERMAINAN POLITIK BN BODOH tak Boleh Diajar. budak2 sekolah TADIKA pun boleh cakap. 'KESIAN, MTakda BANTUAN ke?". lagi rendah pemikir politik BN...tahap bawatapak kaki dah. HARAM UMNO HARAM BN...sama lah tu daftar pun dah HARAM. yang dalam UMNO tu kawan rasa yang gunak OTAK KJ sorang yg lain semua tak boleh pakai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive