17 December 2013

CODY WALKER DIJANGKA GANTIKAN ABANGNYA @ PAUL WALKER DALAM FAST & FURIOUS 7

cody walker dijangka gantikan abangnya dalam fast  furious 7

LOS ANGELES, 16 DIS 2013: Pelakon lagak aksi ngeri, Cody Walker yang juga adik kepada mendiang Paul Walker dijangka akan menggantikan tempat abangnya dalam filem Fast & Furious 7 yang akan menyambung penggambarannya, tidak lama lagi.
Menurut jurucakap Universal Studio, penggambaran terpaksa dihentikan seketika bagi menghormati keluarga terdekat Paul dan keluarga besar Fast and Furious itu sendiri. Namun, kehidupan dan perancangan harus diteruskan dan penggambaran siri francais hebat itu akan kembali bersambung pada awal Januari 2014.
Menyentuh tentang pemilihan Cody, ianya dibuat selepas pihak penerbit mengadakan mesyuarat selepas kematian Paul.
Cody dipilih kerana dia mempunyai wajah dan gerak badan yang hampir menyerupai abangnya.
Bagaimanapun, Cody hanya akan memegang watak sebagai Brian O’Connor penggambaran dari sudut kamera belakang dan jarak jauh. Untuk sudut kamera dekat, penggunaan teknik CGI akan dikenakan terhadap wajah Cody bagi menyerupai 99% wajah abangnya.
Fast & Furios 7 merupakan filem terbesar francais itu setakat ini kerana banyak melibatkan nama-nama besar dalam dunia perfileman antarabangsa.
Watak pelumba drift, Sean Boswell lakonan Lucas Black dari filem Tokyo Drift akan dikembalikan dalam filem ini selain Jason Statham yang akan memegang watak antagonis. Turut terlibat ialah aktor dari Thailand yang dikenali dengan filem Ong Bak dan Tom-Yum-Goong iaitu Tony Jaa.
Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster dan Tyrese Gibson semuanya akan kembali memegang watak lama masing-masing.
Fast & Furious 7 telah diarahkan oleh James Wan, pengarah yang terkenal sebelum ini dengan filem-filem seperti Insidious, Saw dan The Conjuring. - murai

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive