26 December 2013

Maknyah pengkid boleh diambil tindakan

KUANTAN: Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) melaksanakan undang-undang syariah baru iaitu mengambil tindakan kepada mak nyah dan pengkid selepas mengemaskini Enakmen Jenayah Syariah 2013.
Menerusi enakmen jenayah syariah yang sudah dilaksanakan sejak 1 Disember lalu, mak nyah dan pengkid yang ditahan penguatkuasa boleh dikenakan tindakan penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM1,500. 
Timbalan Yang Dipertua MAIP Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan berkata, sebelum ini tiada tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki yang berpakaian seperti wanita atau sebaliknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral itu berleluasa.

"Sebelum kita hanya menahan mereka dan memberi nasihat supaya berubah namun tidak memberi sebarang kesan malah semakin menjadi-jadi. Jadi selepas ini, tindakan penjara atau denda atau kedua-dua boleh dikenakan kepada mereka jika sabit kesalahan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada lagi kes mak nyah atau pengkid yang dikenakan tindakan undang-undang mengikut Enakmen Jenayah Syariah 2013 kerana ia baru dikuatkuasakan awal bulan ini. - myMetro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive