Showing posts with label pengkid. Show all posts
Showing posts with label pengkid. Show all posts

26 December 2013

Maknyah pengkid boleh diambil tindakan

KUANTAN: Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) melaksanakan undang-undang syariah baru iaitu mengambil tindakan kepada mak nyah dan pengkid selepas mengemaskini Enakmen Jenayah Syariah 2013.
Menerusi enakmen jenayah syariah yang sudah dilaksanakan sejak 1 Disember lalu, mak nyah dan pengkid yang ditahan penguatkuasa boleh dikenakan tindakan penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM1,500. 
Timbalan Yang Dipertua MAIP Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan berkata, sebelum ini tiada tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki yang berpakaian seperti wanita atau sebaliknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral itu berleluasa.

"Sebelum kita hanya menahan mereka dan memberi nasihat supaya berubah namun tidak memberi sebarang kesan malah semakin menjadi-jadi. Jadi selepas ini, tindakan penjara atau denda atau kedua-dua boleh dikenakan kepada mereka jika sabit kesalahan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada lagi kes mak nyah atau pengkid yang dikenakan tindakan undang-undang mengikut Enakmen Jenayah Syariah 2013 kerana ia baru dikuatkuasakan awal bulan ini. - myMetro

18 November 2008

RENUNGAN PAGI: Tinggal Suami dan Anak Demi Pengkid - malaysiakini

KUALA LUMPUR - Seorang isteri sanggup meninggalkan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan dan seorang anak perempuannya semata-mata mengikuti pengkid yang menyerupai penyanyi lelaki pujaannya.
Isteri itu yang bekerja di institusi kewangan dan menjadi model sambilan dikatakan mula menjalin hubungan 'cinta songsang' dengan pengkid tersebut yang juga merupakan teman sekerjanya sejak penghujung 2005.
Bermula dengan hanya meminati wajah 'tampan' yang dimiliki pengkid berkenaan yang dikenali dengan Boy, Azni (bukan nama sebenar) yang merupakan model bertudung lantas jatuh hati dan cuba untuk mendekatinya.
Perkenalan itu akhirnya membuatkan mereka berdua rapat dan menjalin hubungan 'cinta songsang' secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suami, keluarga dan rakan-rakan.
Menurut Azni, tindakannya itu menyebabkan rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu musnah.
Bercerita lanjut, Azni memberitahu, pada awal perhubungan dengan Boy, suaminya (Azim - bukan nama sebenar) tidak mengesyaki apa-apa meskipun beliau selalu pulang lewat.
Bukan sahaja pulang lewat tetapi Azni semakin lama mengabaikan anaknya dan tidak mempedulikan rumah tangganya.
"Suami hanya fikir saya sibuk dengan kerja sebagai model sambilan tanpa mengetahui sebenarnya telah curang bersama seorang pengkid," katanya.
Namun, kisah percintaan songsang itu akhirnya sampai juga ke pengetahuan Azim yang mengetahui perkara itu melalui rakan sekerja Azni dan juga anaknya sendiri.
"Azim betul-betul terkejut apabila anak saya bercerita tentang saya bersama Boy di atas katil dan rakannya pula bercerita tentang keakraban saya dengan pengkid itu.
Setelah tidak menemui jalan penyelesaian meskipun telah merujuk ke pejabat agama, Azim akhirnya terpaksa melepaskan isterinya ke tangan seorang pengkid pada penghujung 2006.

Sehingga kini, Azni dikatakan masih berhubungan dengan Boy. -- Kosmo

17 November 2008

TGNA: Jangan Lawan Allah - malaysiakini

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan peringatan keras kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".
Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan pihak terbabit cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.
"Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.
"Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.
Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".
Baru-baru ini, NGO tersebut, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid'.
Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau "pengkid" kerana gejala tersebut di kalangan remaja perempuan Islam di negara ini semakin membimbangkan.
Nik Abdul Aziz berkata beliau meminta mana-mana pihak tanpa mengira NGO Islam atau bukan Islam agar tidak campur tangan mengenai fatwa yang telah dikeluarkan. Malahan beliau kesal dengan orang perempuan Islam yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka sehingga terlibat dalam gejala pengkid itu. "Mereka merupakan benih. Apabila orang Islam tidak hidup mengikut cara Islam jadi orang bukan Islam mula berani kata depan kita," katanya. BERNAMA.
Nik Aziz: No racial supremacy in Islam
KOTA BARU, Nov 17 — Islam does not take race into consideration, thus people should not identify race with Islam, said Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
He said Islam was a religion above race, so it was wrong to identity Malays with Islam as there were also Chinese and Indian who were Muslims. Islam was for all regardless of whether they are Malays, Chinese or Indians, he added.
Speaking at the launching of the inaugural London Fish Tales fast-food outlet at the Tesco hypermarket here today, he said people who place race above religion were being brainwashed by western culture.
It was for this reason, he said, that he disagreed with the Ketuanan Melayu (Malay supremacy) ideology because in Islam there was no emphasis on race.
He stressed that Muslims must practise the teachings of Islam, describing those who placed race ahead of religion as being “disillusioned”.
Nik Aziz said the actions of those Muslims who did not follow the teachings of Islam were the cause why the religion was not respected.
He said Muslims should follow the true teachings of the religion in order to win the respect of non-Muslims.
Meanwhile, Bernama reports that Nik Aziz said no one should question the decision of the National Fatwa Council's decree outlawing "pengkid" (tomboyism).
He said NGOs had no right to question Islamic matters.
"Who are we to go against Allah's commands? Are we that great?" he asked.
He was commenting on the action of two NGOs — Katagender and Food-not-Bombs — which held street demonstrations in Kuala Lumpur recently to protest the move by the council to outlaw tomboyism. -- The Malaysian Insider

15 November 2008

Isu Pengkid: PEKIDA minta NGO bukan Islam hormati keputusan Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berkata Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan keputusan yang bersangkut-paut dengan masyarakat Islam di negara ini.
Keputusan majlis tersebut bukan untuk panduan masyarakat bukan Islam, kata Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof."NGO bukan Islam tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa," katanya pada sidang akhbar di sini Sabtu.
Beliau mengulas mengenai tindakan sebuah pertubuhan bukan Islam "Katagender dan Food-not-Bombs" baru-baru ini yang menunjuk perasaan bagi membantah keputusan Majlis Fatwa mengharamkan perbuatan perempuan menyerupai lelaki atau pengkid.
"Saya bersetuju dengan amaran yang diberikan Ketua Polis Negara kepada NGO ini yang mengambil kesempatan untuk untuk memprotes berhubung keputusan Majlis Fatwa," katanya.Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) Datuk Zulkifli Ahmad pula berkata demonstrasi berkenaan bertujuan menentang kerajaan dan menghina masyarakat Islam.-- BERNAMA

13 November 2008

Isu Pengkid: KPN beri amaran pada NGO pertikai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan - malaysiakini

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tertentu agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan pengkid.
Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam.
"Saya memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan soal keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena "Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke10: Ke Arah Memperkasa Pentadbiran Keadilan Jenayah Di Mahkamah Syariah Malaysia" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, dekat sini hari ini.
Beliau berkata tindakan NGO bukan Islam yang melakukan demonstrasi berhubung pengharaman pengkid di ibu negara baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan.
"Ini menunjukkan mereka tidak menghormati agama orang lain, kerana fatwa itu dikeluarkan untuk orang Islam, kenapa mereka harus membuat demo dan tidak berpuas hati," katanya.
Musa berkata beliau memandang serius perkara tersebut dan akan terus memantaunya bagi memastikan tiada pihak lain yang campur tangan.
"Agama Islam ada cara untuk letakkan peraturan dari segi undang-undang Islam, jadi tiada sesiapa yang boleh campur tangan. Tapi masyarakat Islam haruslah menerangkan perkara tersebut agar pihak lain faham mengenainya," katanya.
Beliau berkata polis sentiasa memerlukan kerjasama Jabatan Agama Islam dan jabatanjabatan lain untuk mendapatkan maklumat terutama berhubung isu yang boleh mengugat keselamatan negara dan agama Islam.
Baru-baru ini NGO bukan Islam, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demontrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan perlakuan "pengkid' atau wanita yang menyamai lelaki. BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive