15 November 2008

Isu Pengkid: PEKIDA minta NGO bukan Islam hormati keputusan Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berkata Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan keputusan yang bersangkut-paut dengan masyarakat Islam di negara ini.
Keputusan majlis tersebut bukan untuk panduan masyarakat bukan Islam, kata Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof."NGO bukan Islam tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa," katanya pada sidang akhbar di sini Sabtu.
Beliau mengulas mengenai tindakan sebuah pertubuhan bukan Islam "Katagender dan Food-not-Bombs" baru-baru ini yang menunjuk perasaan bagi membantah keputusan Majlis Fatwa mengharamkan perbuatan perempuan menyerupai lelaki atau pengkid.
"Saya bersetuju dengan amaran yang diberikan Ketua Polis Negara kepada NGO ini yang mengambil kesempatan untuk untuk memprotes berhubung keputusan Majlis Fatwa," katanya.Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) Datuk Zulkifli Ahmad pula berkata demonstrasi berkenaan bertujuan menentang kerajaan dan menghina masyarakat Islam.-- BERNAMA

1 comment:

amoker said...

Pekida, what do you think about our tourism minister then? Too pro BN that you can't do anything?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive