Dalam serbuan Skuad Amru di sebuah rumah dekat sini semalam, perempuan berusia 22 tahun itu dikatakan memakai baju T dan kain sarung manakala pasangannya dalam keadaan berbogel. Perempuan itu dikatakan membonceng motosikal tunangnya berusia 27 tahun untuk keluar makan malam kelmarin, sebelum ke sebuah rumah di sini.
Penolong Penguat kuasa Agama Pasir Puteh, Ahmad Shukri Abdul Ghani berkata, pasangan terbabit dicekup kira-kira jam 1.10 pagi di rumah pasangan lelaki yang tinggal sendirian.
“Kami bertindak berdasarkan maklumat orang ramai dan pasangan terbabit dikatakan sering tidur di rumah itu terutama pada malam minggu,” katanya yang mengetuai 11 anggota daripada Skuad Amru. -- Sinar Harian
1 comment:
Tak tahu..?
Jika benar, biasanya tahu.
Post a Comment