Showing posts with label MAJLIS FATWA. Show all posts
Showing posts with label MAJLIS FATWA. Show all posts

19 February 2014

Majlis Fatwa berani tegur Tony Pua, tapi tak berani tegur Nazri

PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail mempersoal tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berani membidas Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua tetapi tidak berani membidas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang mempertikaikan keputusan majlis itu melarang umat Islam menyambut Hari Kekasih.
Katanya, tindakan double standard pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin menunjukkan bahawa Majlis Fatwa bersikap pilih kasih

25 November 2008

MAZA: Isu Haram Yoga, Fatwa Jangan Kaku - malaysiakini

Oleh ZIEMAN
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini mula menegur Majlis Fatwa Kebangsaan tentang isu pengharaman yoga yang diumumkan baru-baru ini.
Walaupun pada dasarnya, beliau bersetuju ada unsur agama lain dalam yoga, pergerakan senaman itu menurut beliau tidak seperti air yang sudah tercemar yang sukar untuk dipisahkan.
"Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif. Banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando. Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan," jelas Dr Asri dalam satu temubual telefon sebentar tadi.
Dr Asri difahamkan tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan kerana dikatakan kurang selesa dengan sikap diskriminasi JAKIM kepadanya dan kenyataan Pengarah JAKIM yang tidak berapa senang dengan pandangan alternatif beliau.
Pun begitu, ini tidak menghalang beliau untuk memberi satu lagi pandangan tentang fatwa 'yoga'.
"Pengamal-pengamal yoga yang beragama Islam sepatutnya ada alternatif dengan diberikan satu versi amalan yoga yang terpisah dengan pergerakan yang terlalu jelas menyamai agama lain, bacaan-bacaan yang bertentangan dengan agama Islam dan kepercayaan karut. Versi yoga yang disyorkan ini seharusnya mengekalkan pergerakan yang baik untuk kesihatan.
"Tanggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan. Kekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan," jelas Dr Asri.
Kata Dr Asri lagi, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya tidak terlalu kaku.
"Fatwa yang dikeluarkan pada zaman sekarang hendaknya jangan terlalu kaku. Berilah alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga yang baik untuk kebaikan kesihatan. Sekiranya ada kelebihan dari segi kesihatan dan ianya memanfaatkan, itu boleh dikekalkan.
"Pergerakan manusia itu tidak semestinya berkaitan dengan agama. Sama seperti amalan judo, misalnya. Apa yang tidak sesuai, dihapuskan saja dan diambil manfaatnya. Kita kekalkan pergerakan yang meafaatkan badan," jelas Dr Asri.
Beliau juga berharap Majlis Fatwa memberi ruang untuk umat Islam melihat alternatif.
Sabtu lepas, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Pengerusi, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin mengumumkan Majlis Muzakarah Kebangsaan (yang bersidang pada 22 hingga 24 Oktober di Kota Bharu) bersetuju memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.
Umat Islam negara ini diminta tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan.
Tambah beliau, amalan fizikal senaman yoga tanpa unsur-unsur tersebut pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.
Namun, beliau menasihati umat Islam agar meninggalkan amalan tersebut kerana dikhuatiri akan menghakis akidah mereka.
“Tiga perkara yang boleh menghakis akidah umat Islam adalah kepercayaan di hati, menerusi perkataan dan perbuatan.
“Memandangkan terdapat elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis. Saya nasihatkan mereka tinggalkannya (yoga) dan pilih senaman lain seperti berbasikal,solat, zikir dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media hari itu.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Jelasnya, pelaksanaan dari dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Kuasa perlaksanaan dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Setelah ia diwartakan barulah kita boleh tahu apa tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang masih mengamalkannya,” katanya.
Awal bulan lalu pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Menurut Zakaria, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa.
"Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan Tuhan," katanya.
Yoga adalah amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. -- mStar

22 November 2008

Fatwa council bans yoga for Muslims - malaysiakini

KUALA LUMPUR, Nov 22 — The country’s top Islamic body has issued an edict banning Muslims from practising yoga.
The body says the globally popular practise of yoga has elements of Hinduism that could corrupt Muslims. Yoga originated in India.
National Fatwa Council chairman Abdul Shukor Husin says yoga involves not just physical exercise but also includes spiritual elements, chanting and worship.
He told reporters today "it is inappropriate. It can destroy the faith of a Muslim."
The fatwa council's decisions are not legally binding on Muslims, who comprise nearly two-thirds of Malaysia's 27 million people, unless they are enshrined in national or shariah laws. However, many Muslims abide by the edicts out of deference. — AP

17 November 2008

TGNA: Jangan Lawan Allah - malaysiakini

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan peringatan keras kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".
Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan pihak terbabit cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.
"Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.
"Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.
Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".
Baru-baru ini, NGO tersebut, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid'.
Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau "pengkid" kerana gejala tersebut di kalangan remaja perempuan Islam di negara ini semakin membimbangkan.
Nik Abdul Aziz berkata beliau meminta mana-mana pihak tanpa mengira NGO Islam atau bukan Islam agar tidak campur tangan mengenai fatwa yang telah dikeluarkan. Malahan beliau kesal dengan orang perempuan Islam yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka sehingga terlibat dalam gejala pengkid itu. "Mereka merupakan benih. Apabila orang Islam tidak hidup mengikut cara Islam jadi orang bukan Islam mula berani kata depan kita," katanya. BERNAMA.
Nik Aziz: No racial supremacy in Islam
KOTA BARU, Nov 17 — Islam does not take race into consideration, thus people should not identify race with Islam, said Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
He said Islam was a religion above race, so it was wrong to identity Malays with Islam as there were also Chinese and Indian who were Muslims. Islam was for all regardless of whether they are Malays, Chinese or Indians, he added.
Speaking at the launching of the inaugural London Fish Tales fast-food outlet at the Tesco hypermarket here today, he said people who place race above religion were being brainwashed by western culture.
It was for this reason, he said, that he disagreed with the Ketuanan Melayu (Malay supremacy) ideology because in Islam there was no emphasis on race.
He stressed that Muslims must practise the teachings of Islam, describing those who placed race ahead of religion as being “disillusioned”.
Nik Aziz said the actions of those Muslims who did not follow the teachings of Islam were the cause why the religion was not respected.
He said Muslims should follow the true teachings of the religion in order to win the respect of non-Muslims.
Meanwhile, Bernama reports that Nik Aziz said no one should question the decision of the National Fatwa Council's decree outlawing "pengkid" (tomboyism).
He said NGOs had no right to question Islamic matters.
"Who are we to go against Allah's commands? Are we that great?" he asked.
He was commenting on the action of two NGOs — Katagender and Food-not-Bombs — which held street demonstrations in Kuala Lumpur recently to protest the move by the council to outlaw tomboyism. -- The Malaysian Insider

16 November 2008

Jakim: Fatwa status yoga tetap dikeluar, tiada sebarang masalah - malaysiakini

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz menafikan wujud masalah dalam memutuskan status senaman yoga oleh Majlis Fatwa berikutan pandangan sesetengah pihak yang menyatakan senaman itu tidak mempunyai unsur meditasi.
Justeru, beliau berkata, fatwa mengenai status amalan yoga akan tetap diumumkan, akan dibuat sendiri oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin pada masa yang sesuai.
Beliau berkata, setiap fatwa yang dikeluarkan adalah berdasarkan hasil kajian oleh kumpulan pakar yang terdiri daripada lima panel yang dilantik Majlis Raja-Raja dan diteliti oleh barisan mufti dari seluruh negara.
"Apa yang diputuskan adalah berdasarkan kajian yang teliti. Adakah kita akan beri perhatian berat kepada pendapat sesetengah pihak yang dikeluarkan mengikut emosi? Tentunya tidak!
"Fatwa dikeluarkan berdasarkan kajian yang terperinci dan berdasarkan keutamaan masyarakat dan negara," katanya selepas merasmikan Program Sunathon Perdana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2008, di Masjid Al-Muqarrabin, di sini.
Status mengenai hukum senaman yoga sepatutnya dibuat pada 7 November lalu namun telah ditunda ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan berikutan pengerusinya mempunyai tugasan di luar negara.
Sebelum ini, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Zakaria Stapa berkata, pergerakan senaman yoga adalah berdasarkan unsur-unsur agama Hindu yang dikhuatiri boleh memesongkan akidah.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pandangan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin supaya fatwa tidak harus hanya terhad kepada pengkid tetapi juga kepada golongan 'lelaki lembut', Wan Mohamad berkata, fatwa dikeluarkan mengikut keutamaan isu-isu yang wujud dalam masyarakat.
"Apabila kita dapati, pengkid boleh mengancam institusi sosial dan keluarga, kita beri keutamaan.
"Masyarakat boleh menilai dengan bijaksana bahawa gejala ini lebih parah daripada perlakuan sumbang kepada jenayah seksual.
"Pengkid kini dianggap sebagai satu trend. Yang bahayanya, kalau dianggap tidak salah dan oleh sebab itu fatwa muncul untuk membangkitkan kesedaran," katanya.
Ditanya sama ada isu 'lelaki lembut' akan diberi perhatian oleh Majlis Fatwa selepas ini, Wan Mohamad berkata, ia bergantung kepada proses kajian dan penyelidikan yang dijalankan.
Berhubung tindakan beberapa NGO bukan Islam yang mengadakan demonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa berhubung isu itu, Wan Mohamad berkata, pihaknya tidak akan terpengaruh kepada tekanan daripada bukan Islam kerana hal ini melibatkan tanggungjawab agensi Islam. -- mStar

15 November 2008

Isu Pengkid: PEKIDA minta NGO bukan Islam hormati keputusan Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berkata Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan keputusan yang bersangkut-paut dengan masyarakat Islam di negara ini.
Keputusan majlis tersebut bukan untuk panduan masyarakat bukan Islam, kata Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof."NGO bukan Islam tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa," katanya pada sidang akhbar di sini Sabtu.
Beliau mengulas mengenai tindakan sebuah pertubuhan bukan Islam "Katagender dan Food-not-Bombs" baru-baru ini yang menunjuk perasaan bagi membantah keputusan Majlis Fatwa mengharamkan perbuatan perempuan menyerupai lelaki atau pengkid.
"Saya bersetuju dengan amaran yang diberikan Ketua Polis Negara kepada NGO ini yang mengambil kesempatan untuk untuk memprotes berhubung keputusan Majlis Fatwa," katanya.Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) Datuk Zulkifli Ahmad pula berkata demonstrasi berkenaan bertujuan menentang kerajaan dan menghina masyarakat Islam.-- BERNAMA

13 November 2008

Isu Pengkid: KPN beri amaran pada NGO pertikai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan - malaysiakini

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tertentu agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan pengkid.
Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam.
"Saya memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan soal keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena "Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke10: Ke Arah Memperkasa Pentadbiran Keadilan Jenayah Di Mahkamah Syariah Malaysia" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, dekat sini hari ini.
Beliau berkata tindakan NGO bukan Islam yang melakukan demonstrasi berhubung pengharaman pengkid di ibu negara baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan.
"Ini menunjukkan mereka tidak menghormati agama orang lain, kerana fatwa itu dikeluarkan untuk orang Islam, kenapa mereka harus membuat demo dan tidak berpuas hati," katanya.
Musa berkata beliau memandang serius perkara tersebut dan akan terus memantaunya bagi memastikan tiada pihak lain yang campur tangan.
"Agama Islam ada cara untuk letakkan peraturan dari segi undang-undang Islam, jadi tiada sesiapa yang boleh campur tangan. Tapi masyarakat Islam haruslah menerangkan perkara tersebut agar pihak lain faham mengenainya," katanya.
Beliau berkata polis sentiasa memerlukan kerjasama Jabatan Agama Islam dan jabatanjabatan lain untuk mendapatkan maklumat terutama berhubung isu yang boleh mengugat keselamatan negara dan agama Islam.
Baru-baru ini NGO bukan Islam, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demontrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan perlakuan "pengkid' atau wanita yang menyamai lelaki. BERNAMA

23 October 2008

MAJLIS FATWA HARAMKAN PERBUATAN WANITA MENYERUPAI LELAKI - malaysiakini

KOTA BAHARU, 23 Okt (Bernama) -- Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini membuat ketetapan untuk mengharamkan perbuatan wanita yang menyerupai lelaki sama ada dalam bentuk penampilan atau berpakaian.Pengerusinya, Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata pengharaman itu dibuat berdasarkan kepada perkembagan terkini di kalangan golongan remaja terutama kaum wanita, yang cenderung kepada cara hidup kaum lelaki sedangkan mereka adalah wanita sebenar.
"Yang ketara lagi apabila berlaku kegiatan seksual dengan kaum sejenis iaitu perempuan sama perempuan," katanya pada persidangan media di sini hari ini, selepas berakhirnya muzakarah dua hari Majlis Fatwa.
Dr Abdul Shukor berkata remaja perempuan kini didapati lebih gemar dengan cara hidup kaum lelaki dari segi pergaulan, perbuatan dan berpakaian, yang bukan sahaja bertentangan perkara tersebut dengan fitrah asal manusia tetapi cuba menafikan hak kewanitaan."Memandangkan perkembangan terkini ini, Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermuzakarah hari ini mengambil ketetapan dan pendirian bahawa perbuatan seperti itu adalah haram dan dilarang sama sekali," katanya.
Beliau menyarankan ibu bapa, keluarga dan anggota masyarakat supaya memberitahu larangan itu kepada golongan terbabit agar tidak melakukan perkara yang dikira salah dengan ajaran Islam."Inilah yang membimbangkan apabila melihat golongan wanita sudah lebih cenderung kepada cara hidup lelaki termasuk dalam berpakaian," katanya.
Majlis turut membuat ketetapan untuk membolehkan seseorang cucu mewarisi harta pusaka datuk mereka sekiranya bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk mereka.
Dr Abdul Shukor berkata tindakan itu diambil demi menjaga kepentingan cucu tersebut, sekira harta itu tidak diagihkan kepada mereka selepas kematian bapa mereka."Bagi sesetengah cucu dari kalangan yang tidak berada, tentunya dengan sejumlah kecil harta yang diberikan oleh datuknya, dapat mengelak perkara yang tidak diingini menimpa ke atas mereka," katanya.
Menurut Dr Abdul Shukor, cucu sebenarkan tidak layak menerima harta pusaka tinggalan datuk mereka sekiranya bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk mereka.
Bagaimanapun pengagihan yang dibuat adalah tidak melebihi satu pertiga dari lebihan harga pusaka tersebut selepas ditolak pembayaran hutang datuk dan sebagainya, katanya.-- BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive