28 December 2013

Perhimpunan 3112 : Penganjur bawa senjata termasuk bom tangan ooi, hangpa jaga2 ... depa nak gulin Najib ... hehehe aku gelak gulin-gulin

Kalau mengikut risikan polis himpunan  haram yang dirancang oleh kumpulan yang dipercayai pro pembangkang di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru boleh mencetuskan insiden buruk yang gugat keamanan negara.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata penganjur perhimpunan haram tersebut dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan.

Empat kumpulan yang dikenalpasti akan terlibat dalam himpunan itu ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).


Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Sabtu beliau memberi amaran keras terhadap individu atau kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram 'menggulingkan kerajaan' di Dataran Merdeka Selasa ini.

Katanya pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012. 

Amar Singh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai dan menyokong perhimpunan sedemikian kerana ia menyalahi undang-undang negara.

Katanya setakat hari ini, pihak polis telah menerima 588 laporan di seluruh negara dari pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan berkenaan.-28/12/2013 - Agenda Daily

2 comments:

Mat Pahit said...

588 surat report polis tu pasal himpunan nak GULING kerajaan.Pasal Himpunan TURUN 3112..,tak ada lagi dah report..kertas report dah abis...expired date.pihak yang report GULING..jadi terguling-guling...sbb muncul TURUN 3112..!

Anonymous said...

Bom tangan? Kaki bom nak mengebom orang kot, nak tutup bantahan rakyat yang tersepit dengan kenaikan pelbagai barangan dan perkhidmatan. Sudah-sudahlah jual bom (jual temberang) tu, tak laku sebab kualiti bom cap ayam.

Dia orang ingat nak beli bom tangan tu boleh dibeli di kedai runcit ikut timbang kilo?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive