28 December 2013

Wanita dirogol beramai-ramai malam Krismas

New Delhi 28 Dis - Seorang wanita berusia 20 tahun didakwa menjadi mangsa rogol beramai-ramai menjelang sambutan Krismas di selatan India, lapor media semalam, kejadian terbaru dalam siri serangan seksual yang dilaporkan di negara itu.
Laporan mengenai serangan terbaru berkenaan tersiar dua hari sebelum India dijangka memperingati ulang tahun pertama kematian penuntut wanita yang dirogol beramai-ramai di atas bas dalam serangan yang mengejutkan negara itu. 
Wanita yang diserang menjelang Krismas itu memberitahu polis beliau diculik tiga lelaki ketika bersiar-siar dengan rakan-rakannya di Karaikal, bandar raya pelabuhan di Puducherry, laporan Times of India dan rangkaian televisyen.

Salah seorang lelaki berkenaan merogolnya di sebuah tempat terpencil sebelum membebaskan mangsa, menurut Times of India.
Beliau meminta tolong tetapi sekumpulan tujuh lelaki lain menyerangnya ketika dibawa ke tempat selamat. Enam daripada mereka merogolnya.
“Satu kes sudah dilaporkan. Ada 15 tertuduh dan seorang mangsa,” kata pegawai kanan polis, Monika Bhardwaj. 
Bhardwaj berkata, tiga daripada tertuduh melarikan diri.
Akhbar Times of India melaporkan polis mendaftarkan kes berkenaan sebagai penculikan, rogol berkumpulan dan ugutan jenayah terhadap tertuduh. - AFPs

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive