Dalam ruangannya di akhbar The Star, Musings, Datin Paduka Marina Mahathir (gambar) mengeluh tentang kepimpinan negara yang boleh melaungkan perpaduan tetapi diam terhadap kenyataan sensitif yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.
"Apakah jenis kepimpinan yang kita ada yang mulutnya bercakap tentang kesederhanaan dan perpaduan, namun sama sekali tidak berbuat apa-apa terhadap penyataan melampau yang dibuat bukan sahaja oleh apa yang dipanggil badan bukan kerajaan, tetapi juga oleh beberapa pemimpin kerajaan?
Tulisannya ini telah menyentuh sanubari rakyat Malaysia apabila mereka menyebarkannya melalui laman sosial Facebook dan juga Twitter.
Tanpa namakan mana-mana pihak, Marina menulis, pemimpin negara lebih senang menghabiskan masa untuk mempertahankan kesilapan yang dibuat oleh keluarga sendiri daripada bercakap untuk pihak yang lemah dan tidak terbela dalam masyarakat.
"Ia sangat memalukan," katanya kerana rakyat Malaysia dipimpin oleh orang-orang yang jahil, tidak berpengetahuan tetapi bangga menjadi demikian.
"Kita berharap rakyat Malaysia yang terbaik semasa semua perayaan, tapi bagaimana ia tiba-tiba menjadi ancaman kepada iman kita?
“Atau adakah iman kita begitu rapuh dan tidak dapat menghadapinya? "tanya beliau hari ini.
Marina juga menulis, hampir setiap hari rakyat dilarang dari menyentuh sesuatu menyebabkan slogan "Malaysia Boleh" sudah menjadi "Malaysia Tidak Boleh".
"Kami diberitahu kita tidak boleh baik antara satu sama lain kerana ia mungkin mengancam iman sebahagian daripada kita. Kita diberitahu bahawa kita tidak boleh bercakap terus-terang kerana sesetengah orang mungkin akan tersinggung.
"Jadi, pada asasnya, rakyat Malaysia berbangga sebenarnya mempunyai iman yang lemah yang memerlukan bantuan kerajaan yang berterusan dan mempunyai rasa rendah diri.
"Inilah cara berfikir mereka dan mereka kira ini cara yang paling cepat ke syurga iaitu dengan menindas orang lain. Cantik!" katanya.
Dia juga menulis, negara sekarang mempunyai kerajaan yang berkuasa tetapi tidak disukai rakyatnya, tetapi mereka (kerajaan) tidak faham mengapa.
"Dan dalam jawapannya, mereka kira semua yang rakyat mahu ialah menjadi lebih beragama dan untuk dibeli," katanya.
Marina mengakhiri ruangannya dengan berharap tahun 2014 ini lebih ramai rakyat yang bangkit dan faham bahawa negara berada dalam bahaya.
"Untuk berjaya dalam dunia hari ini adalah dengan menjadi kuat. Kekuatan datangnya dari ilmu dan memahami realiti hidup hari ini dan bukan hidup dalam pulau fantasi bersama orang jahat," tulisnya. – Januari, 2014.- TMI
No comments:
Post a Comment