13 January 2014

“Saya hari ini sedia ditangkap" - Chew Swee Yoke [wakil Comango]

Wakil Comango cabar pihak berkuasa tangkap


Wakil Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia – yang diharamkan kerajaan minggu – lalu hari ini mencabar pihak berkuasa menangkapnya kerana mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan itu.

Chew Swee Yoke, anggota pengasas Persatuan Peguam Wanita berkata, jika kes itu dibawa ke mahkamah, ia hanya akan “memalukan” kerajaan.

“(Pengharaman itu) untuk mengganggu dan menakut-nakutkan rakyat oleh kerana ia boleh didakwa, walaupun kita tahu tahu bawah akta mana.

“Saya hari ini sedia ditangkap, itu sebabnya saya datang dengan kasut berjalan, bukan kasut mahkamah,” katanya.

“Saya gembira jika mereka mendakwa saya kerana ia akan menjadi kes mahkamah yang menarik dan akan memalukan mereka (di mahkamah).”


Chew, yang tampil berpakaian keluar panjang gelap dan kasut sukan merah jambu, berkata demikian dalam sidang media Comango di ibu negara hari ini.

Comango dianggotai oleh 52 NGO yang terlibat dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) hak asasi manusia oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). - malaysiakini 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive