PETALING JAYA: Pelbagai pihak mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor mengikut undian yang dijalankan oleh The Star pada Selasa.
Undian yang bermula pada pukul 8 pagi itu telah menarik perhatian seramai 2,125 pengundi untuk membuat pilihan dengan 43 peratus mahu Abdul Khalid dikekalkan.
"Beliau telah mentadbir dengan baik, sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh pemimpin di negara ini. Beliau perlu terus menjadi menteri besar walaupun terdapat gesaan daripada pengkritiknya," kata pengundi.
Seorang anak kelahiran Terengganu, Ariff berkata, Abdul Khalid merupakan seorang yang memahami masalah ekonomi dan lebih baik dari orang lain.
"Berintegriti, jika orang Selangor tidak mahu beliau sebagai menteri besar, kami orang Terengganu mempelawa Abdul Khalid dengan tangan terbuka untuk menjadi menteri besar," katanya.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula mendapat sebanyak 24 peratus undian untuk berada sebagai pilihan kedua dengan 497 undi.
Ahmad Rasydan berkata, Rafizi merupakan rakan sekolahnya dan beliau adalah calon terbaik untuk menjadi menteri besar Selangor.
"Walaupun terdapat beberapa kenyataan beliau tidak tepat tetapi kesalahan itu lebih kecil jika dibandingkan dengan yang dilakukan oleh pemimpin lain," kata penduduk Kerteh itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pilihan raya kecil itu hanya menjadi pilihan ketiga dengan mendapat 21 peratus atau 450 undi.
Berada di kedudukan keempat pula ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang mendapat 172 undi iaitu 8 peratus.
Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali pula menjadi pilihan terakhir dengan 91 undi atau 4 peratus dari keseluruhan pilihan. mStar 29 Jan 14
SIAPA yang tidak kenal dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang yang bukan calang-calang orangnya.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk A. Kadir Jasin menulis dalam blognya baru-baru ini tentang tindakan Anwar bertanding di Kajang. Di mata beliau, ia dilihat sebagai akuan kalah Anwar kerana gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Katanya, pencalonan itu bukan satu kebetulan tetapi sudah dirancang dengan teliti.
Menurut Sivamurugan, keputusan Anwar untuk bertanding mungkin untuk menstabilkan hubungan di antara Azmin dan Khalid.
"Walaupun Anwar dilihat sebagai pemimpin yang berkaliber dan berpengalaman luas, namun ramai diantara kawan-kawan saya yang tidak suka dengan perwatakan serta masalah peribadi beliau sebelum ini,” katanya.
Pengguna laman sosial Twitter bagaimanapun dilihat mengecap tindakan Anwar mengisi kekosongan kerusi di Kajang. Masing-masing memaparkan pandangan mereka yang kebanyakkannya melihat pencalonan Anwar seperti mengiyakan spekulasi yang mengatakan beliau bercadang untuk menjadi Menteri Besar.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang @tankengliang:
Kejutan Tahun Baru Cina Anwar
- Details
- Published on Wednesday, 29 January 2014 08:36
- Written by Siti Nur Sarah Mohd Khir
Beliau ialah seorang yang petah berbahasa, bijak dan masih mampu memberi impak yang kuat di Malaysia walau sudah berdekad bergelumang dengan kontroversi dan onak ranjau dalam merealisasikan impian politiknya.
Terkini, beliau mencetuskan senario sensasi terbaru apabila diumumkan akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang baru dua hari dikosongkan bekas ahli DUN Kajang Lee Chin Chen.
Di awal tahun 2014 ini, tindakan Anwar itu dilihat sebagai berani, seolah-olah beliau mencari satu batu loncatan untuk menggapai ‘sesuatu’ yang lebih besar dalam genggamannya.
Atau adakah ini satu kejutan sempena Tahun Baru Cina daripada Anwar?
Jadi MB Sebagai Pampasan
Saban tahun, masyarakat Malaysia sudah sedia maklum akan aspirasi Anwar yang mahu memegang kuasa sebagai menteri paling kanan dalam kabinet. Ramai yang sudah arif akan harapan Anwar ini yang berputik sejak awal pembabitannya di arena politik Malaysia.
Kesungguhan beliau untuk bertanding kerusi DUN Kajang boleh dilihat sebagai ‘pampasan’ atas kegagalan menjadi seorang Perdana Menteri. Sekiranya beliau berjaya memegang tiket Ahli Undangan Negeri, Anwar berkemungkinan besar mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Melalui tulisan blog Kadir, beliau berpendapat ‘musuh’ Anwar tentu akan berfikir yang Anwar bertindak demikian untuk memuaskan kehendaknya untuk menjadi Perdana Menteri yang masih tidak lagi kesampaian.
Kadir meramalkan implikasi tindakan Anwar itu akan menjadi susuatu yang menarik untuk tatapan umum.
Melalui blognya, Kadir juga menjelasnya, memandangkan Anwar lebih berpengalaman berbanding Khalid mungkin tindakan Anwar itu menjadikannya lebih layak untuk menerajui pentadbiran Negeri Selangor.
"Anwar membuat pengorbanan besar kerana matlamat beliau sejak menyertai Umno pada 1982 ialah untuk menjadi perdana menteri,” tulisnya.
Perancangan Teliti Seorang Genius
Penganalisis Politik Dr. Ismail Sualman yang dihubingi penulis bersutuju dengan anggapan yang pencalonan Anwar lewat petang semalam adalah sebagai langkah pertama beliau untuk bergelar Menteri Besar.
"Perancangan Anwar bermula sejak beliau dilantik sebagai perancang ekonomi kerajaan Selangor lagi pada tahun 2008 dengan bayaran sebanyak RM1 sebulan,” jelas Ismail.
Konflik yang berlaku antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Khalid juga hanyalah sandiwara dalam PKR dan diumpamakan sebagai pendahuluan kepada ceritera cita-cita Anwar.
"Pergelutan dalam PKR adalah sebuah agenda yang dirancang, begitu juga dengan perlucutan jawatan Azmin yang dilihat memberi laluan kepada Anwar untuk menerajui Selangor.
Tambahnya lagi, Azmin dan Khalid hanya berbalah menerusi media sahaja namun hakikatnya hubungan kedua-dua mereka tidak seperti yang dilaporkan.
Pengeksploitasian Demokrasi
Ismail juga berkata, tindakan Anwar yang mahu bertanding di pilihanraya kecil Kajang memperlihatkan beliau sebagai seorang yang berhati kering dan tidak mempedulikan mandat yang diberikan kepada PKR sebelum ini melalui system demokrasi.
"Anwar seperti berhati kering untuk bertanding, memperdagangkan mandat rakyat hanya untuk menguntungkan PKR", katanya.
Timbul tanda tanya sama ada perletakan jawatan Lee disebabkan kerelaannya sendiri atau atas tekanan daripada Majlis Pimpinan PKR.
Tindakan bekas Adun Kajang Lee pula yang tidak mengumumkan sendiri perletakkan jawatannya seolah-olah tidak menghormati amanat rakyat dan menimbulkan seribu tanda tanya.
BN Perlu Bersedia
Dalam pada itu Ismail juga menggesa BN supaya bangun dari mimpi dan melihat permainan Anwar ini dengan mata yang terbuka dan menilai setiap pergerakan Anwar dengan bijak. Beliau berfikir adalah tidak wajar untuk BN memandang enteng percaturan terbaru Anwar ini dan berterusan mentertawakan pergelutan PKR.
Sebagai langkah proaktif, BN harus mula memikirkan calon sesuai dan sama handal untuk bertanding bersama Anwar di piliharaya kecil Kajang yang akan dijalankan tidak lama lagi. Aspek terpenting untuk difikirkan ialah langkah-langkah untuk mengambil hati penduduk Kajang dan secara tidak langsung memancing undi mereka.
"Saya harap rakyat Kajang juga terbuka dan menjadi hakim terhadap permainan ini", katanya semalam.
Bolehkah Anwar Jadi Menteri Besar Selangor?
Wujud keraguan sama ada Anwar memenuhi kriteria untuk menjadi Menteri Besar sekiranya beliau berjaya memenangi kerusi DUN Kajang itu.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Sivamurugan Pandian berkata antara kriteria yang paling utama untuk menjadi Menteri Besar ialah; calon perlu mempunyai kerakyatan negeri itu.
"Saya tidak pasti di dalam undang-undang tubuh negeri mensyaratkan ahli politik yang mahu menjadi MB mempunyai kad pengenalan yang membuktikan beliau seorang pemastautin di Selangor,” jelas Sivamurugan.
Katanya lagi, sekiranya Anwar memenangi kerusi itu beliau masih perlu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, terlebih dahulu sebelum boleh dilantik sebagai Menteri Besar yang sah.
"Saya yakin Majlis Tertinggi PKR ada sebab yang kuat memilih Anwar sebagai calon untuk bertanding", katanya kepada mD.
Apa Kata Rakyat?
Suhaimi Daud, 38, yang berasal dari Kajang berkata pencalonan Anwar menggantikan Lee adalah tidak wajar dan dia merasakan keputusan Anwar itu membuktikan beliau seorang yang tamak.
Katanya, Anwar tidak sesuai di Kajang kerana ketua pembangkang itu bukan berasal dari sana.
"Dia sudah jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, apa yang dia mahu di Kajang?", soalnya.
"Bagi saya, tidak menjadi masalah siapa yang bertanding tetapi kalau boleh berilah peluang kepada penduduk tempatan untuk menjadi wakil rakyat kami", jelasnya kepada mD.
Namun begitu berlainan pula dengan Zamanhuri Yaacob yang berusia dalam lingkungan 50-an. Beliau menyokong penuh pencalonan Anwar di kawasannya.
"Saya yakin Anwar adalah calon yang tepat untuk membawa pembaharuan di sini tambah-tambah lagi dengan pengalaman luas yang beliau miliki,” kata Zamanhuri.
Beliau juga berpendapat penduduk di Kajang kebanyakkannya terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat dan majoriti daripada mereka adalah penyokong Anwar.
Zamanhuri berpendapat ramai orang tempatan Kajang memaklumkan kepada beliau yang mereka tertarik dengan janji Pakatan Rakyat yang menawarkan pendidikan percuma kepada anak Selangor.
"Kalau Anwar jadi Menteri Besar, pendidikan anak-anak akan jadi percuma...jika dapat tawaran masuk Universiti tak perlu ibu bapa buat pinjaman", katanya kepada mD.
Sementara itu, Chew Hiew Kuang berpendapat laluan Anwar tidak akan menjadi semudah yang disangka selepas diumumkan sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang.
Katanya, peluang Anwar untuk memenangi kerusi itu adalah 50-50.
Beliau beranggapan banyak undi yang diperolehi PKR pada pilihanraya lalu majoritinya disumbangkan oleh masyarakat berbangsa Cina (rekod melaporkan terdapat 41 peratus pengundi Kajang terdiri daripada kaum Cina).
"Individu yang diletakkan sebagai calon adalah faktor yang amat penting. Selain daripada itu, adalah lebih baik sekiranya wakil rakyat kami ialah seorang yang berperwatakan baik dan bersahsiah," katanya.
Masyarakat Siber Selar Keputusan Anwar
Berikut ialah luahan sebilangan pengguna Twitter:
@IhsanHuhu :"Seriously I trust DAP more than PKR. You do not take #Kajang people's trust for granted. Surely we can wat until PRU14 for any reshuffling.”
@beckyilham : "So as an MP, do you serve the people or the power hungry leader in your party?#kajang", tulisnya.
"PR leaders should come up with a crystal clear explanation on #Kajang fiaso. Just be honest and man up! Otherwise, face the consequences.
@mdsaifullah9: " Kau ingat Pengundi tak rasa marah ke? kena 'buang' masa pergi undi untuk PRK sebab YB DUN #kajang letak jawatan", tulisnya.
1 comment:
Tentu ada sebab kenapa Khalid perlu di ganti.
Khalid tahu apa kesalahan yang ia buat.
Bukan soal rasuah,bukan soal intergrity.
Tetapi oleh kerana ia berasa ialah MB yang paling pandai dari wakil raayat lain,ia telah membuat keputusan berhubong dengan soal hak ayer selangor yang merugikan orang orang Selangor.
Dengan kesilapan ini,PKR sudah tidak lagi boleh menawarkan ayer percuma kapad orang Selangor.
Exco Selangor tidak tahu keputusan ini.
Puchok pimpinan tertinggi PKR juga tidak tahu keputusannya.
Ini lah nasib kita bila kita berasa orang lain semua bodoh dan kita sajhaja yang pandai.
Post a Comment