08 February 2014

Anak perempuan Zahid Hamidi nak tanding di Kajang


OLEH MD IZWAN‎
FEBRUARY 08, 2014
Anak perempuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang ketika Barisan Nasional (BN) masih buntu untuk menamakan calon.
Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang dipetik daripada laporan Sinar Harian hari ini, mengakui mempunyai hasrat itu, bagaimanapun ia masih di peringkat perbincangan.
"Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara yang sama," kata Nurul Hidayah.
Anak naib presiden Umno yang popular itu menyerahkan keputusan penuh kepada parti untuk membuat keputusan sama ada mahu meletakkannya sebagai calon ataupun tidak.
"Apa-apa pun, saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti," katanya.
Nurul yang juga menetap di Kajang mahu menunggu keputusan calon diumumkan dan enggan mengeluarkan kenyataan lebih lanjut mengenai perkara tersebut bagi mengelak ada pihak yang terguris hati.
"Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak komen lebih lanjut.
"Lainlah jika memang sudah diumum saya calon itu," katanya.
PRK Kajang diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu mengumumkan tarikh PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon pula pada 11 Mac 2014.
Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain. – 8 Februari, 2014. - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive