Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.
Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11.Sanjeevan berkata, nombor plate MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris.
Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris.
Katanya, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris.
Percubaan The Malaysia Insider untuk mendapatkan pengesahan Idris dan Pejabat Ketua Menteri Melaka berhubung perkara ini bagaimanapun masih belum berhasil. - 14 Febuari, 2014. -TMI
No comments:
Post a Comment