14 February 2014

Nasi Lemak MAS masih "telanjang" .... MAS tolong jawab sat


Sejak MAS menjelaskan bahawa "nasi lemak telanjang" adalah satu kesilapan teknikal, maka bolehkah penumpang kini mengharapkan set lengkap hidangan popular itu dalam penerbangan syarikat penerbangan nasional itu?

Nampaknya tidak begitu, berdasarkan pengalaman aktivis sosial Josh Hong, yang menaiki pesawat MAS dari Jakarta ke Kuala Lumpur pagi ini [14/2/14] dan mendapati tiada kacang tanah dan ikan bilis dalam hidangan nasi lemak.


"Sejuk di udara kerana masih telanjang!" bunyi foto kapsyen hidangan yang disiarkan di laman sosial Facebook beliau.

Hidangan ini mempunyai nasi lemak, separuh telur rebus, dan ada sambal bercampur dengan udang, tetapi gambar itu sukar untuk menentukan apa lagi yang telah dihidangkan bersamanya. - malaysiakini"

Malaysia Airlines jawab kritikan 'nasi lemak telanjang' Chef Wan

1/2/2014
Chef Wan tidak berpuas hati dengan hidangan nasi lemak di dalam penerbangan MAS


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menjawab komen Chef Wan yang menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai 'telanjang'. Gambar yang dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media sosial.

Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka. 

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.

"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines.

Pada 29 Januari, Chef Wan telah memuatnaik gambar nasi lemak yang dihidangkan di kelas ekonomi.

Nasi Lemak
Gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Datuk Chef Wan. Sumber Instagram.com/ChefWan58

MS- Pihak MAS telah menjawab rungutan Chef Wan pada 1 Feb lalu. Kata mereka akan mengambil tindakan segera. Tapi hari ni dah 14 Feb nasi lemak mereka masih bertelanjang. Susah sangat ke MAS mendapatkan kacang tanah, ikan bilis dan timun? Ada siapa-siapa yang boleh tolong supply ketiga2 bahan tersebut.
Datuk Muzamir macamana ni?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive