02 February 2014

Padah cium anak dara orang

KOTA BHARU: Gara-gara disyaki mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun, dua remaja lelaki cedera dipukul sekumpulan lelaki di Taman Desa Kemumin, Padang Tembak di sini semalam.

Ketua Daerah Polis Kota Baharu ACP Azham Othman berkata kejadian pada 6 pagi itu menyebabkan kedua-dua remaja cedera di kepala dan badan dipercayai dipukul dengan batang besi.

"Dua remaja itu, yang sedang berehat di sebuah rumah, dikejutkan dengan kedatangan enam lelaki yang bertindak menyerang mangsa secara bertubi-tubi di bahagian kepala serta badan.

"Mereka kemudian turut dibawa kumpulan lelaki berkenaan ke sebuah rumah lain sebelum dipukul dengan besi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azham berkata siasatan awal mendapati dua remaja itu dipukul setelah disyaki mencabul pelajar berkenaan hari yang sama di sebuah rumah di Pengkalan Chepa pada 2 pagi.

"Sebelum kejadian, dua remaja itu telah membawa pelajar berkenaan untuk keluar dengan menaiki kereta sebelum bertindak membawa gadis itu ke sebuah rumah seorang daripada remaja berkenaan.

"Seorang daripada remaja itu bertindak menarik tangan gadis itu masuk ke dalam rumah sebelum bertindak membuka baju pelajar itu menyebabkan baju gadis tersebut terkoyak, selain cuba menciumnya," katanya.

Azham berkata bagaimanapun, remaja berkenaan kemudian melepaskan gadis itu dan menghantar mangsa balik semula ke rumahnya.

"Pelajar perempuan itu turut membuat laporan polis mengenai kejadian cabul yang menimpa dirinya pada hari kejadian," katanya.

Kedua-dua remaja kini ditahan reman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Polis turut mencari kumpulan lelaki yang memukul dua remaja itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - myMetro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive