Showing posts with label cabul. Show all posts
Showing posts with label cabul. Show all posts

13 March 2015

Bos dituduh pegang punggung pekerja dalam lif

Seorang ketua pegawai operasi sebuah syarikat percetakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya, bulan lepas.

K.S. Vasan, 52, didakwa mencabul dengan memegang dada wanita yang berumur 32 tahun di sebuah pejabat di Mont Kiara, Sentul di sini, pukul 10.30 pagi, 23 Feb lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Vasan didakwa telah memegang punggung mangsa di dalam lif bangunan pejabat itu antara pukul 9 hingga 6 petang, antara Disember 2014 hingga Januari lepas.

Tertuduh turut didakwa memegang pinggang mangsa di tangga kecemasan di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Azura Murah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut dan menetapkan 26 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Ravindran.

03 December 2014

Gadis dicabul, penumpang lain diam diri


  • Gadis dicabul, penumpang lain diam diri
 1 / 1 
HARYANA - INDIA. Situasi dua orang gadis yang dikatakan diserang secara seksual berjaya dirakam oleh seorang penumpang bas di Haryana, utara India.

Dua gadis berkenaan, Arati dan Pooja Kumar membelasah sekumpulan pencabul dengan tali pinggang selepas tiada penumpang yang menolong meleraikan kejadian tersebut.

Klip rakaman amatur tersebut yang dirakam oleh seorang wanita yang sedang mengandung telah dimuat-naik ke laman popular Youtube.

20 November 2014

Polis Tahan Bapa Dipercayai Dera, Cabul Anak






KUALA LUMPUR: Seorang penganggur ditahan polis kerana dipercayai mendera dan mencabul anak perempuannya berusia sembilan tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR Sungai Besi) di sini, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek berusia 41 ditahan selepas membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya sedangkan kanak-kanak tersebut menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

16 November 2014

Bekas Pramugara MAS Boleh Ditahan 10 Tahun Tanpa Bicara - Peguam


Diterbitkan: Sabtu, 15 November 2014 9:01 PM

Syaza dan suaminya, Mohamad Faiq Ilham pada sidang media di Kuala Lumpur, Sabtu. Foto: CHAN TAK KONG/The Star.

KUALA LUMPUR: Bekas pramugara Malaysia Airlines (MAS) yang ditahan di Paris selepas  didakwa mencabul seorang penumpang di atas kapal terbang, boleh ditahan sehingga 10 tahun tanpa perbicaraan di bawah undang-undang Perancis.

Menurut peguam Shailender Bhar yang diupah oleh keluarga suspek berkata, tempoh tahanan purata di Perancis adalah empat tahun.

26 August 2014

Wanita Australia dicabul pramugara MAS diselar di media sosial selepas temuramah TV

Pengguna media sosial hari ini mengecam Laura Bushney, seorang wanita warga Australia yang mendakwa diraba ketua pramugara Malaysia Airlines (MAS) ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lalu.
Menerusi ruangan komen di laman Facebook Sunday Night, program terbitan Channel 7 televisyen Australia, ramai melahirkan keraguan berhubung pengakuan Bushney kerana dia mendakwa dia sempat merakam perbuatan itu melalui telefon bimbitnya.
“Betul-betul merepek. Dia lakukannya kerana satu perkara saja. Wang. Selain merosakkan reputasi orang yang tidak bersalah,” kata Jessica Greenhill diikuti lebih 300 komen lain.

04 July 2014

Lelaki Raba Punggung Wanita Timbul Kemarahan Orang Awam




Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 8:40 PM

KAJANG: Seorang penganggur diserang oleh penduduk yang marah selepas dia didakwa meraba punggung seorang wanita di Sungai Jelok, di sini.

Lelaki berusia 48 tahun itu dikatakan menyentuh seorang suri rumah selepas dia keluar dari keretanya dan berjalan ke pasar kira-kira pukul 9.30 malam Selasa.

Wanita berusia 35 tahun itu menjerit meminta pertolongan dan bapanya, yang memandu kereta itu keluar dan mengejar lelaki terbabit.

Kejadian itu menarik perhatian orang awam yang berdekatan yang turut bertindak menangkap lelaki itu.

13 June 2014

Cium dahi, lelaki berdepan penjara 10 tahun

  • Mohd Safein mengaku salah mencium dahi seorang gadis di dalam bilik sebuah hotel di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.Mohd Safein mengaku salah mencium dahi seorang gadis di dalam bilik sebuah hotel di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU - Gara-gara gagal mengawal nafsu, seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut, jika disabitkan kesalahan.

Mohd Safein Hameed, 45, berdepan hukuman itu selepas mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 19 tahun, dengan maksud untuk mencabul kehormatan dengan mencium dahinya, di Mahkamah Majistret, di sini,  semalam.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu pada 8 Jun lalu, di sebuah bilik di Hotel KT Mutiara, di sini.

14 May 2014

Pelajar dakwa dicabul ustazah


JERTIH - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dicabul oleh guru agama perempuan sekolahnya pada waktu persekolahan pagi Jumaat lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 9 pagi ketika mangsa berada di koridor bangunan kelas untuk menunggu kedatangan bapanya ke sekolah bagi bertemu guru untuk membincangkan masalah mangsa yang dipukul pelajar perempuan lain sehari sebelum itu.

Menurut sumber, ketika berada di koridor itu, mangsa terserempak dengan ustazah tersebut yang menegur kain tudung dipakainya selain bertanya khabar mengenai kejadian dia dipukul.

Mangsa kemudian mendakwa ustazah tersebut telah meramas buah dadanya ketika memeriksa tudung dipakainya sehingga menyebabkan mangsa berasa sakit.

“Mangsa menangis kesakitan dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa dan ahli keluarganya sebelum bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja,” katanya.

Difahamkan juga ustazah terbabit turut membuat laporan polis terdahulu sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

20 February 2014

Guru wanita dipenjara kerana cium murid

Singapura: Mahkamah republik ini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang guru kerana berkelakuan tidak senonoh termasuk membuat “gigitan cinta” terhadap pelajarnya.
Guru wanita berusia 42 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan ke atas pelajar lelaki berusia 13 tahun di sekolahnya. 
Dia yang mengajar sejak 11 tahun lalu dan ibu empat anak sebelum ini mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak atau remaja di bawah Akta Kanak-kanak dan Remaja Singapura.

02 February 2014

Padah cium anak dara orang

KOTA BHARU: Gara-gara disyaki mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun, dua remaja lelaki cedera dipukul sekumpulan lelaki di Taman Desa Kemumin, Padang Tembak di sini semalam.

Ketua Daerah Polis Kota Baharu ACP Azham Othman berkata kejadian pada 6 pagi itu menyebabkan kedua-dua remaja cedera di kepala dan badan dipercayai dipukul dengan batang besi.

"Dua remaja itu, yang sedang berehat di sebuah rumah, dikejutkan dengan kedatangan enam lelaki yang bertindak menyerang mangsa secara bertubi-tubi di bahagian kepala serta badan.

"Mereka kemudian turut dibawa kumpulan lelaki berkenaan ke sebuah rumah lain sebelum dipukul dengan besi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

14 January 2014

Pelajar dakwa dicabul timbalan pengarah


SEREMBAN – Timbalan Pengarah sebuah jabatan, didakwa mencabul seorang pelajar praktikal di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku minggu lepas terbongkar selepas pelajar berusia 20-an itu mengadu kepada kakitangan jabatan berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada dalam sebuah bilik di pejabat berkenaan.

“Ketika mangsa sedang membuat kerja, suspek secara tiba-tiba menghampiri mangsa lalu mengusap pipi mangsa sebelum tangannya merayap ke anggota badan lain.

08 January 2014

DSP cabul 2 pelajar jalani praktikal

IPOH - Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan mencabul kehormatan dua pelajar wanita akan disiapkan dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pegawai terbabit ‘menghilangkan diri’ adalah tidak benar.

Menurutnya, polis telah mengambil keterangan pegawai terbabit dan dipercayai tidak ditemui kerana sedang berehat di rumah untuk mencari ketenangan.

“Kes ini dijangka akan diselesaikan segera dan sejurus kertas siasatan siap, kita akan rujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk keputusan seterusnya.

“Sama ada kes tersebut mempunyai asas atau tidak terpulang kepada Timbalan Pendakwa Raya  untuk menentukannya,” katanya.

Terdahulu, Acryl menghadiri Majlis Kesyukuran Balai Polis Bercham dan Kampung Rapat kerana berjaya menjadi juara bagi pertandingan balai ‘league table’ 2013.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam; Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong; Ketua Polis Balai Bercham, Inspektor Soh Sheng Siong dan Ketua Polis Balai Kampung Rapat, Inspektor Raja Mohd Zani Raja Omar.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 354 iaitu mencabul kehormatan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya.
Dalam kejadian 2 Januari lalu, dua pelajar wanita berusia 21 tahun yang menjalankan latihan amali di sebuah balai polis di Taiping mendakwa pegawai terbabit telah memegang dagu dan memeluk dari belakang di sebuah bilik di balai berkenaan.

Berikutan itu, kedua-dua pelajar bertindak membuat laporan polis pada Jumaat lalu berhubung perbuatan pegawai polis berusia 40-an.

19 December 2013

Lelaki Myanmar dituduh cabul remaja

BATU GAJAH: Seorang lelaki warga Myanmar dituduh di Mahkamah Majistret, di sini pagi tadi atas dakwaan mencabul seorang ramaja perempuan pada Ahad lalu.
Tertuduh Mohamad Jasim Nurul Hakim, 27, didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul terhadap seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di dapur Dewan Ballroom Kelab Golf Clearwater Sanctuary Resort, di sini pada kira-kira jam 5 petang hujung minggu lalu. 
Ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya, tertuduh mendakwa memahami serba sedikit Bahasa Melayu dan mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.

14 February 2013

Bomoh ditahan cabul pelajar IPT

  
Thursday, 14 February 2013 15:26
KANGAR: Seorang bomoh ditahan dipercayai mencabul penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Persisiran Pantai Padang Keria Simpang Empat dekat sini, selepas memberi rawatan kepada seorang pesakit yang merupakan rakan mangsa, kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, mangsa dikatakan pergi ke rumah rakannya yang sedang dirawat lalu diminta untuk menghantar pesakit ke pantai berhampiran untuk merawat penyakit yang turut diikuti bomoh terbabit dalam sebuah kereta.

Namun, selepas selesai memandikan rakannya yang berusia 19 tahun, bomoh itu menyuruh mangsa masuk semula ke dalam kereta tanpa memalingkan muka ke belakang.

Difahamkan, ketika berada di dalam kenderaan terbabit, bomoh berkenaan menghembuskan angin ke muka mangsa sehingga menyebabkan dia menjadi separuh sedar.

06 January 2013

Remaja 13 tahun mengaku salah cabul seorang wanita


alt

AYER KEROH 6 Jan.  - Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini kelmarin.

Berdasarkan pertuduhan, remaja berkenaan didapati dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012.

Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah meminta mahkamah memberikan wang jaminan RM2,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

“Namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari 2012 bagi mendengar laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum,” katanya.

BERITA AWAL

02 January 2013

Kes budak 13 tahun nak rogol wanita Cina di Melaka


Semalam di Melaka, seorang wanita Cina mendakwa hampir dirogol oleh seorang budak lelaki yang umurnya terlalu muda iaitu 13 tahun.
Dakwaan itu disebarkan melalui akaun Facebook miliknya dan ia mula viral petang ini.
Ketika kejadian, dia mendakwa sedang berada di dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah, Melaka.
Dengan tidak semena-mena, pintu bilik airnya ditolak oleh budak lelaki tersebut dan dia cuba melakukan perkara yang tidak senonoh.

Wanita itu mendakwa melawan tindakan budak lelaki tersebut dan berjaya diselamatkan oleh pekerja stesen minyak itu.
Wanita itu juga meluahkan rasa sedih kerana selepas kejadian itu berlaku, dia telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan tetapi dia mendakwa tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari pihak polis.
Setiap kejadian itu diceritakan oleh wanita berkenaan dalam laman Facebooknya sendiri.
Berikut adalah tulisan wanita itu:
rogol budak 3
“Dear all, i was nearly been raped by a 13 year old malay kid at Shell Petrol Kiosk female toilet (Jalan Munshi Abdullah). I stop by there for a poo break and he stormed in when i opened the door after m done. With such a young mind, he manage to hold me and shut my mouth..he kissed my cheeks and molested my breast… While i struggled to fight him off … I shouted my lungs out till the opposite Bank Simpanan Nasional staff and customer heard my shouting..In between of fighting him off, i manage to bite his fingers..
“After a few attempts of trying to open the door, finally i heard a few person outside the toilet.. With that i try even harder to open the door and manage to slot my palm in between the door to avoid the door being shut again ..And thank god the shell assistant was right outside the toilet with another malay lady and malay man after the door was partly open.. They caught him and keep him in the male toilet till the police are here..
“And what was even heart breaking , is that the police ask me whether to let him go or continue with the police report.. Y on earth should i be letting him go??!!! And i m being questioned that did i make a lie??!! How sad is this that i m being questioned in such a way just because he is a kid….,Thank god he was not armed with any tool nor he is with other adult that may even harm me more.. And now i m in Hospital Besar Melaka for check up and will proceed with another investigation and report at IPK .. And a reminder to all the ladies and men out there, the world has changed.. A kid of 13 years old has managed to do such a criminal thing.Age doesnt matter when it comes to crime…please take extra precaution when u r out there..FYI, his name is XXXXXX  (Mykad : 0****XXXX****). Address: XXXXXXXXXXXXX..” (X- Mynewshub sendiri memadamkan data-data ini)
rogol budak 2
rape
“This is another front photo of the boy that tries to rape me yesterday.. He looks and act slumber.. Moreover, he tell lies that he is looking for his ‘adik’ at the toilet (the truth is , he is the youngest in the family)..And i got the info that his dad is a *** staff and his mom is a TEACHER.. how Shameful is this!!!!! A son of a Teacher can have such insane acts..! Now, family background doesnt matter, age doesnt matter, location doesnt matter, and time doesnt matter when it comes to crime..”
“This is how the police station welcomes me when i was there at around 8.30 night on new yr eve… No one was at the counter to assist me ( my 1st thought.. Did all the police went for new yr eve countdown celebration??) .. I have to find the way myself to the respective sergeant to do further interview.. Another sad part, the very 1st question that the lady officer ask me is
rogol budak 1 balai
Lady officer: U tak dapat lawan dia ke??”..
Myself: kalau i tak lawan, i dah habis kena rogol..
Lady officer: tak mungkin la.. Dia budak kecil, lagipun itu tempat awam..
See, this is how our police handle cases..they take things easily.. And when i make my statement, she had it typed wrongly, and i ask for amendment.. All she said is “i sudah key in la, tak boleh nak tukar”.. But of cos i insist asking for amendment..and out of her frustration she said ” i kasi u tukar sampai u puas hati”..
Sad sad sad.. I will have more encounters with these people till the case is close.. God pls be with me all the time..”
Begitulah insiden cemas yang menimpa wanita itu.
Semoga dengan kejadian yang berlaku terhadap dirinya dapat dijadikan sebagai pengajaran buat para wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati tidak kira di mana pun kita berada.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: Facebook
**Dalam isu ini, Mynewshub tidak menyebelahi sesiapa tetapi harus ketengahkan satu perkara, soalan-soalan yang ditanya polis berkenaan kepada wanita itu adalah sesuatu yang normal. Kalau kes ini ke mahkamah, pihak peguam atau pendakwa raya akan turut menimbulkan persoalan-persoalan yang sama. Adalah tidak lojik jika polis berkenaan hanya membatukan diri dan mengambil sahaja laporan berkenaan tanpa sebarang usul periksa. 
Dan apakah hak wanita itu untuk menyiarkan nombor kad pengenalan, gambar dan alamat kanak-kanak berkenaan. Akta Kanak-kanak 2001 – Tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan atau apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan denganya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.
Pelanggaran seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] merupakan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan oleh Mahkamah boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Dan kanak-kanak ini juga perlu disiasat sepenuhnya (termasuk keadaan mental) kerana jika benar dakwaan wanita itu, simpang malaikat kita tidak mahu ada anggota masyarakat seperti ini (walaupun masih muda) bergerak bebas di kalangan kita.

14 December 2012

Pelakon Terlampau: Cabul Gadis Di Sesi Ujibakat

  
Friday, 14 December 2012 12:22


Gambar hiasanGambar hiasanKUALA LUMPUR: “Dia menyuruh saya melakonkan watak dicabul sebelum dia benar-benar mencabul saya,” kata seorang gadis berusia 21 tahun yang membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pelakon tambahan ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di ibu kota kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangsa yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa, empat lagi gadis turut menjadi mangsa pelakon berusia 40-an itu.

02 March 2012

Tertuduh didakwa memegang payu dara, kemaluan dan punggung 8 pelajar

Didakwa cabul 8 pelajar
Oleh Syanty Octavia Amry

 PETALING JAYA: Seorang sukarelawan pengakap yang juga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas sembilan pertuduhan mencabul lapan pelajar berusia antara 13 dan 16 tahun di sebuah sekolah di Sungai Buloh, dekat sini, tahun lalu.

Tertuduh, Ho Lee Fong, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Dia yang hadir memakai kemeja lengan panjang berwarna krim kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh ketika pertuduhan dibacakan.

17 February 2012

Pemandu Bas Express ehem ehem penumpang remaja 20 dalam bas ... memang sial

KULIM - Seorang remaja berusia 20 tahun membuat laporan polis di Balai polis Kulim kira-kira jam 9.50 pagi kelmarin berikutan trauma akibat dicabul seorang lelaki dalam bas ekspres.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke Kulim.

“Memandangkan perjalanan jauh, mangsa tertidur dan tidak ramai penumpang berada dalam bas. Apabila sampai di sekitar kawasan Junjung, mangsa dapat merasakan dia telah dicium di bahagian bibir manakala buah dadanya diraba seseorang.

12 November 2011

Juru X-ray hospital Selayang cabul penuntut kolej

KUALA LUMPUR: Seorang juru-x-ray mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini, Jumaat terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang penuntut kolej swasta, tiga bulan lepas.

Amri Hamzah, 30, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan gadis berumur 18 tahun itu di dalam bilik x-ray Hospital Selayang, Gombak di sini 4.45 petang, pada 14 Ogos.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Mohd Fitri memohon jaminan dikurangkan kepada RM3,000.

Majistret Mohd Isa Md Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Disember depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive