13 June 2014

Cium dahi, lelaki berdepan penjara 10 tahun

  • Mohd Safein mengaku salah mencium dahi seorang gadis di dalam bilik sebuah hotel di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.Mohd Safein mengaku salah mencium dahi seorang gadis di dalam bilik sebuah hotel di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU - Gara-gara gagal mengawal nafsu, seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut, jika disabitkan kesalahan.

Mohd Safein Hameed, 45, berdepan hukuman itu selepas mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 19 tahun, dengan maksud untuk mencabul kehormatan dengan mencium dahinya, di Mahkamah Majistret, di sini,  semalam.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu pada 8 Jun lalu, di sebuah bilik di Hotel KT Mutiara, di sini.


Sejurus pengakuan bersalah Mohd Safein direkodkan, Rozianti menetapkan 17 Jun depan sebagai tarikh jatuh hukum serta membenarkan dia diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin.

Berdasarkan fakta kes, pada 8 Jun lalu, jam 5.40 petang, semasa mangsa berada di dalam bilik hotel, tertuduh telah mengetuk pintu dan terus masuk ke dalam bilik tersebut.

Mohd Safein kemudian bertindak mencium dahi dan cuba memeluk mangsa, sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, dia berjaya ditangkap orang awam di sebelah Kedai Buku Pustaka Sri Intan, di sini, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive