Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

04 June 2014

Tulisan di FB hak individu, kata NUTP



Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia berpendirian bahawa anggotanya tidak harus menjadi sasaran apa-apa tindakan hanya kerana tulisan di Facebook.

Presiden kesatuan itu, Hashim Adnan berkata, mana-mana pihak tidak boleh menetapkan apa yang patut dan tidak patut ditulis kerana tulisan di laman berkenaan adalah "hak peribadi" guru terbabit.

20 February 2014

Guru wanita dipenjara kerana cium murid

Singapura: Mahkamah republik ini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang guru kerana berkelakuan tidak senonoh termasuk membuat “gigitan cinta” terhadap pelajarnya.
Guru wanita berusia 42 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan ke atas pelajar lelaki berusia 13 tahun di sekolahnya. 
Dia yang mengajar sejak 11 tahun lalu dan ibu empat anak sebelum ini mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak atau remaja di bawah Akta Kanak-kanak dan Remaja Singapura.

12 February 2014

Guru tetap berdemonstrasi, janji Muhyiddin hanya penyedap hati

OLEH MD IZWAN
FEBRUARY 12, 2014
Kumpulan guru anggap janji Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kaji Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebagai janji kosong. Gambar fail.Kumpulan guru anggap janji Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kaji Pentaksiran Berasaskan Sekolah sebagai janji kosong. Gambar fail.Keputusan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh oleh Putrajaya sekadar penyedap hati, kata Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
Jurucakap kumpulan guru tersebut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, berkata rancangan untuk berdemonstrasi tetap akan diteruskan mengikut jadual, tanpa menghiraukan janji Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

08 November 2012

Murid dipaksa mengaku zina dengan guru


PENDANG, 8 Nov - Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di sini membuat laporan polis mendakwa dipaksa membuat pengakuan berzina dengan seorang guru sandaran wanita di sekolah itu. 
Laporan itu dibuat pelajar berusia 16 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam selepas pengakuan yang dipaksa dibuatnya itu menyebabkannya menerima kesan, termasuk diberhentikan sekolah.
Pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Wan berkata, dia dipaksa membuat pengakuan itu kira-kira sebulan lalu ketika dipanggil ke sebuah bilik oleh guru disiplin pada 2 Oktober lalu.
 Katanya, seorang guru yang ditemui kemudian menuduhnya melakukan hubungan sulit dengan seorang guru sandaran wanita berusia 20-an yang mengajar bahasa Inggeris. Malah, guru itu turut mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai kejadian itu.
 “Saya menafikannya dan meminta guru berkenaan menunjukkan bukti, namun guru itu enggan atas alasan ia untuk simpanan sekolah. Guru itu kemudian memberikan saya sehelai kertas dan pen lalu memaksa saya menulis surat pengakuan.
“Akur dengan arahan itu, saya menulis surat pengakuan dalam keadaan terpaksa, walaupun tidak berpuas hati kerana berasa dianiaya atas tuduhan tanpa bukti itu.
“Susulan itu, pihak sekolah menghubungi bapa saya dan memintanya datang ke sekolah sebelum saya dimaklumkan digantung persekolahan sehingga 15 Oktober lalu,” katanya ketika ditemui.

Wan mendakwa, dua hari kemudian dua guru lelaki datang semula ke rumahnya memaksanya mengisi borang pertuduhan kes berkenaan.

“Dua guru lelaki itu termasuk ustaz datang ke rumah dan mengajak saya ke sebuah kedai makan atas alasan untuk menenangkan fikiran saya. Bagaimanapun, saya tidak dibawa ke kedai berkenaan, sebaliknya diminta mengisi borang pertuduhan dan menandatanganinya sebelum dihantar semula ke rumah.

“Selepas itu, pada 21 Oktober lalu, saya terima surat pemberhentian daripada pihak sekolah yang bertarikh 15 Oktober. Ia amat memusykilkan kerana surat penggantungan bertarikh 4 Oktober hanya diterima pada 24 Oktober.

“Justeru, saya tampil membuat laporan polis untuk membersihkan nama selepas berasakan diri teraniaya,” katanya. 
Sementara itu, ibu saudara pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, keluarganya tidak berpuas hati dengan cara pihak sekolah mengendalikan kes berkenaan kerana mereka dinafikan hak untuk mendapatkan penjelasan yang sewajarnya.
 “Saya terima jika tuduhan itu benar, namun mereka tidak memanggil keluarga berbincang dan langsung tidak menunjukkan sebarang bukti jelas serta semuanya hanya pada peringkat dakwaan,” katanya.

Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan yang dibuat pelajar terbabit. - KLpos

28 October 2012

EDISI SANTAI [Video] Murid perempuan tendang kemaluan Cik Gu ...




Sebenarnya boleh seseorang guru menergur pelajarnya. Tetapi perlu ada batasan. Tidak perlulah melakukan sentuhan fizikal..kalau murid marah macamnilah jadinya

09 May 2011

Guru, 33 rogol murid tingkatan 3

KUANTAN: Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka, Jerantut, semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lepas.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata guru berkenaan telah menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters tersebut.

04 March 2011

Ketua guru disiplin cabul 11 pelajar

AMPANG: Seorang ketua guru disiplin dituduh di Mahk Majistret Ampang di sini, atas 11 tuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berasingan di sebuah sekolah di sini, bulan lalu.

Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 48, mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan mencabul 11 pelajar berusia antara 15 dan 16 tahun dengan meletakkan tangan di atas dada mangsa. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan.
Mahkamah menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan dan membenarkan tertuduh dijamin RM 11,000 dengan seorang penjamin bagi semua tuduhan.

14 December 2010

Guru tuisyen Matematik tayang video lucah

JOHOR BAHRU: Seorang guru tuisyen yang mengajar mata pelajaran Matematik ditahan polis kerana dikatakan turut menyediakan kelas seks serta menayangkan video lucah kepada seorang pelajarnya.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak bertahun lalu dan ia terbongkar apabila pelajar lelaki terbabit yang berusia 17 tahun dari Skudai di sini, menceritakan perkara berkenaan kepada keluarganya, kelmarin.

Berikutan itu, bapa pelajar berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Skudai di sini semalam dan bertindak atas laporan itu, polis menahan guru tuisyen lelaki terbabit yang berusia 30 tahun pada jam 11 pagi.

Dalam laporan berkenaan, bapa mangsa mendakwa guru terbabit dikatakan melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwat mangsa sebanyak dua kali iaitu pada November 2008 dan Mei 2009.

Dia juga didakwa pernah melakukan seks oral dan mengajar teknik beronani kepada remaja terbabit yang kini sudah menamatkan pengajian tingkatan lima.

Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Superintendan Akhir Ishak ketika dihubungi berkata, lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Skudai.

“Berdasarkan laporan polis, remaja berkenaan mula menghadiri kelas tuisyen Matematik kelolaan guru terbabit sejak empat tahun lalu, iaitu ketika remaja berkenaan berusia 13 tahun,” katanya.

Menurutnya, guru terbabit direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan sebat - myMetro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive