Showing posts with label zina. Show all posts
Showing posts with label zina. Show all posts

17 January 2014

ZINA : Guru Besar dan Guru Wanita diarah bela diri

  • Diarah bela diri atas tuduhan mukadimah zinaGuru besar (kanan) dan tertuduh wanita tersebut turut keluar sambil menutup muka mengelak wajahnya dirakam media.
 1 / 1 
KOTA BHARU - Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.

01 December 2012

EDISI PANAS MALAM : Ketua UMNO Bahagian BUNTINGkan penuntut IPTA

Siang tadi semasa menghadiri majlis kenduri di Bukit Puteri di Rawang Selangor saya dibisikan sesuatu berita yang tidak berapa menyeronokkan. Berita ini kontras dengan apa yang sedang berlaku di dewan merdeka PWTC di mana di situ ahli Umno sedang membincangkan dan mencari makenisme macam mana hendak mengekalkan kuasa parti berkenaan sebagai kerajaan.

Sebaliknya berita yang dibisikan kepada saya itu sungguh memeranjuatkan, iaini berhubung perbuatan maksiat seorang ketua Umno bahagian di Kelantan yang didakwa telah membuntingkan seorang mahasiswa tahun dua yang menuntut di IPTA di Ibu Kota.

Katanya gadis itu telah dibuntingkan empat bulan. Ibu bapa gadis mahasiswa berkenaan katanya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Keluarga gadis berkenaan katanya marah dan malu dengan kejadian itu dan telah mendesak ketua Umno bahagian itu mengahwini gadis tersebut. 

08 November 2012

Murid dipaksa mengaku zina dengan guru


PENDANG, 8 Nov - Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di sini membuat laporan polis mendakwa dipaksa membuat pengakuan berzina dengan seorang guru sandaran wanita di sekolah itu. 
Laporan itu dibuat pelajar berusia 16 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam selepas pengakuan yang dipaksa dibuatnya itu menyebabkannya menerima kesan, termasuk diberhentikan sekolah.
Pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Wan berkata, dia dipaksa membuat pengakuan itu kira-kira sebulan lalu ketika dipanggil ke sebuah bilik oleh guru disiplin pada 2 Oktober lalu.
 Katanya, seorang guru yang ditemui kemudian menuduhnya melakukan hubungan sulit dengan seorang guru sandaran wanita berusia 20-an yang mengajar bahasa Inggeris. Malah, guru itu turut mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai kejadian itu.
 “Saya menafikannya dan meminta guru berkenaan menunjukkan bukti, namun guru itu enggan atas alasan ia untuk simpanan sekolah. Guru itu kemudian memberikan saya sehelai kertas dan pen lalu memaksa saya menulis surat pengakuan.
“Akur dengan arahan itu, saya menulis surat pengakuan dalam keadaan terpaksa, walaupun tidak berpuas hati kerana berasa dianiaya atas tuduhan tanpa bukti itu.
“Susulan itu, pihak sekolah menghubungi bapa saya dan memintanya datang ke sekolah sebelum saya dimaklumkan digantung persekolahan sehingga 15 Oktober lalu,” katanya ketika ditemui.

Wan mendakwa, dua hari kemudian dua guru lelaki datang semula ke rumahnya memaksanya mengisi borang pertuduhan kes berkenaan.

“Dua guru lelaki itu termasuk ustaz datang ke rumah dan mengajak saya ke sebuah kedai makan atas alasan untuk menenangkan fikiran saya. Bagaimanapun, saya tidak dibawa ke kedai berkenaan, sebaliknya diminta mengisi borang pertuduhan dan menandatanganinya sebelum dihantar semula ke rumah.

“Selepas itu, pada 21 Oktober lalu, saya terima surat pemberhentian daripada pihak sekolah yang bertarikh 15 Oktober. Ia amat memusykilkan kerana surat penggantungan bertarikh 4 Oktober hanya diterima pada 24 Oktober.

“Justeru, saya tampil membuat laporan polis untuk membersihkan nama selepas berasakan diri teraniaya,” katanya. 
Sementara itu, ibu saudara pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, keluarganya tidak berpuas hati dengan cara pihak sekolah mengendalikan kes berkenaan kerana mereka dinafikan hak untuk mendapatkan penjelasan yang sewajarnya.
 “Saya terima jika tuduhan itu benar, namun mereka tidak memanggil keluarga berbincang dan langsung tidak menunjukkan sebarang bukti jelas serta semuanya hanya pada peringkat dakwaan,” katanya.

Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan yang dibuat pelajar terbabit. - KLpos

15 November 2011

Ibu HARAMJADAH ....

SERDANG: Seorang ibu bersekongkol dengan anak lelakinya berusia 17 tahun untuk mengurung seorang remaja perempuan dalam bilik rumah mereka sebelum memaksa mangsa menggugurkan kandungan berusia dua bulan hasil hubungan sulit dengan remaja lelaki terbabit.

Remaja perempuan berusia 16 tahun yang masih bersekolah dilaporkan hilang oleh keluarganya dan dikurung dalam satu unit kediaman di pangsapuri di Puchong, sejak dua minggu lalu.

Mangsa yang mengandung dua bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang tidak lagi bersekolah juga berdepan maut apabila dipaksa menelan pelbagai ubat-ubatan bagi menggugurkan kandungannya.

Menurut sumber polis, mangsa keluar dari rumah ibunya di Kajang pada 30 Oktober, kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke rumah teman lelaki dan dikurung serta dipaksa tinggal sebilik.

17 December 2010

22 gadis hamil luar nikah setiap bulan -

Dasar salah laku zina masih kabur
KUALA LUMPUR, 16 Dis — Penguatkuasaan dasar yang jelas adalah perlu bagi membendung salah laku seksual dan penzinaan yang kian meruncing dalam kalangan remaja, kata Ketua Sub Unit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Hamizah Mohd Hassan.

Kita memang mempunyai beberapa polisi atau dasar tetapi ianya masih kabur dan samar-samar, malah tidak ada satupun yang menekankan tentang isu salah laku seksual atau penzinaan,” katanya kepada Bernama pada Muzakarah Pakar Menangani Zina serta Pembuangan Bayi di Kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah di sini hari ini.

Hamizah berkata dasar sedia ada lebih menjurus kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial sahaja tetapi kurang memberikan perhatian kepada penzinaan dan salah laku seksual.

“Remaja hari ini menjadikan zina sebagai kerjaya umpamanya perniagaan seks...GRO, kerana ia mendatangkan pulangan lumayan dan menguntungkan, malah ada antara mereka berumur 16 hingga 18 tahun,” katanya.

Hamizah juga berkata rumah-rumah perlindungan dapat memberikan ruang dan peluang kepada golongan remaja untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.

“Sekarang ini terlalu ramai remaja yang hamil luar nikah atas dasar suka sama suka tetapi saya harap rumah-rumah perlindungan lebih kepada kes-kes sumbang mahram dan rogol,” katanya.

Bekas pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Fatimah Abdullah berkata, pendekatan holistik melibatkan keluarga, remaja dan komuniti perlu dibentuk kerana dasar dan program bersepadu yang menjurus kepada remaja hamil tanpa nikah tidak ada pada masa ini.

“Tiada data lengkap mengenai mereka khususnya berkaitan dengan latar belakang sosioekonomi, pergaulan, hubungan hetroseksual dan pengalaman hubungan seks sebelum berkahwin,” katanya dalam kertas kerja ‘‘Analisis Sosial Kes-kes Zina Berdasarkan Data Daripada Kajian Mengenai Kehamilan Luar Nikah’’ yang dibentangkan pada muzakarah itu.

Beliau berkata kaedah-kaedah yang dilakukan di Barat seperti penggunaan kaedah kontraseptif untuk pencegahan kehamilan tidak wajar diaplikasikan dalam konteks remaja Melayu yang beragama Islam.

“Peningkatan bilangan remaja hamil tanpa nikah dalam kajian sosial adalah manifestasi kepada isu yang lebih besar tentang kekalutan dalam struktur organisasi sosial dalam masyarakat,” katanya.

Pengasas dan Pengarah Kem Modal Insan (KEWAJA) Yahya Mohamed Yusof berkata bahawa pada tahun ini pihaknya telah menerima 260 orang gadis yang hamil luar nikah berbanding 240 orang tahun lepas.

“Sejak KEWAJA ditubuhkan pada tahun 1988 dan sehingga kini terdapat lebih 2,500 gadis hamil luar nikah, ini antara kenapa kita memerlukan satu polisi dan dasar yang dapat membincangkan masalah ini secara lebih serius,” katanya.

Yahya, yang mempunyai pengalaman 20 tahun mengendalikan rumah perlindungan, berkata rumah perlindungan diibaratkan seperti ‘‘Persatuan Bulan Sabit Merah’’ dalam membantu remaja yang bermasalah.

“Apabila mereka ada masalah, mereka takut, keliru dan tidak tahu ke mana nak tuju malah ada di kalangan mereka hilang keluarga, jadi sinilah tempat mereka mendapatkan perlindungan,” katanya. — Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive