Lelaki yang dikenali sebagai Phang Ruey Shang, 42, itu ditahan pukul 2.15 pagi di rumah anggota keluarganya, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah.
"Banduan yang lari ketika melakukan tugas pembersihan di luar kawasan penjara itu, difahamkan bersembunyi di beberapa lokasi sebelum pulang ke rumah anggota keluarganya," katanya.
Beliau berkata lelaki itu yang menjalani hukuman penjara sejak Januari atas kesalahan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi kini direman selama lima hari.
Lelaki yang juga dikenali sebagai Ah Beng itu dilapor hilang selepas membersih longkang dengan lima lagi rakan banduan lain kira-kira pukul 12 tengah hari dan tindakannya hanya disedari ketika warden mahu mengumpul semula banduan untuk dibawa pulang ke penjara. - mStar
No comments:
Post a Comment