05 March 2014

Kabinet Sarawak umpama kereta buruk dicat semula

KUALA LUMPUR: Majlis Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-menteri Muda Negeri Sarawak menyaksikan tiada rombakan besar berlaku dalam portfolio penting kerajaan negeri.

Dengan senarai muka-muka lama sejak era Taib Mahmud masih lagi mendominasi jawatan penting dalam pentadbiran negeri.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sendiri mengumumkan beliau menerajui portfolio Kewangan dan Perancangan Sumber dan Alam Sekitar.

Pelantikan baru ini menyaksikan juga seorang menteri menjawat lebih dari satu kementerian malah ada yang menjawat 3 kementerian sekaligus.


Bagi PAS negeri, ia sesuatu yang nampak tempang menandakan betapa ketandusannya kepimpinan kerajaan BN Sarawak dalam melahirkan pemimpin muda.

“Seharusnya wakil-wakil rakyat muda perlu digilap bakatnya dalam BN Sarawak dan diberi peluang agar mempersiapkan diri mereka untuk memikul tanggungjawap besar nanti,” ujar Ketua Penerangan PAS negeri, Andri Zulkarnaen Hamden (gambar).

Menurutnya, menteri kanan yang sudah berkhidmat berpuluh tahun seharusnya peka dengan kelemahan diri dan membuka ruang serta laluan kepada generasi muda bagi menggantikan mereka.

Tambahnya, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat Sarawak atas rombakan kecil kabinet baru yang diumumkan itu.

“Kabinet baru ini umpama kereta buruk yang hanya dicat semula,” ujarnya lagi.

Katanya, kalau diamati perkembangan BN Sarawak terutama parti PBB, ia sudah tidak mendapat tempat di hati generasi muda.- Harakah Daily

“Sebab itulah mereka gagal melahirkan kepimpinan muda yang berwibawa kalau ada pun masih belum layak dan tidak mampu untuk menggugat yang tua,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive