Oleh Shamsul Munir Safini
Kangar: Ketua Puteri UMNO negeri yang juga Ketua Puteri Bahagian Arau, Zuraidahh Zainal Abidin, 34, bersama pasangannya Burhanuddin Ismail, 57, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syariah Kangar, di sini, pagi tadi bagi pertuduhan khalwat di Hotel Sri Garden, pada jam 1.30 pagi pada 3 Mac lalu.
Kedua tertuduh tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka di depan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Jaidi Ahmad.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Zuraidah berasal dari Kampung Changkat Lada, Mata Ayer, di sini, didakwa bahawa pada 3 Mac lalu pada jam lebih kurang jam 1.30 pagi di bilik 201, Hotel Sri Garden di Persiaran Jubli Emas, di sini dikatakan tinggal sekediaman atau berkurung yang mendatangkan syak dengan Burhanuddin yang bukan mahram, maka dituduh melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 9 (2) dalam Seksyen Jenayah Dalam Syariah Negeri Perlis.
Bagi pertuduhan ke atas Burhanuddin dari Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, dikatakan bahawa pada 3 Mac pada jam lebih kurang jam 1.30 pagi di bilik 201, Hotel Sri Garden di Persiaran Jubli Emas, di sini, dikatakan tinggal sekediaman atau berkurung yang mendatangkan syak dengan Zuraidah yang bukan mahramnya, maka dituduh melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 9 (1) dalam Seksyen Jenayah Dalam Syariah Negeri Perlis.

Jika disabitkan kesalahan dengan seksyen ini maka kedua tertuduh boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak kurang tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Pendakwaraya Syarie, Khairul Anuar Ahmad dengan dibantu Fakhrul Rurrazi Md. Mahdzir.
Manakala kedua tertuduh pula diwakili oleh peguambela syarie, Rabiatul Adawiah Ramli.
Jaidi kemudian menetapkan 14 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan.
No comments:
Post a Comment