Hasbullah Awang Chik, TMI
Pendedahan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berhubung keberadaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Malaysia semasa peristiwa Memali dan bukan di China seperti dipercayai selama lebih 30 tahun menunjukkan wajah sebenar bekas perdana menteri itu, kata ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Dr Mahathir sanggup menjadikan Musa sebagai mangsa untuk dipersalahkan sedangkan bekas perdana menteri itu berada di Malaysia.
“Ia menunjukkan sikap dan perwatakan Dr Mahathir dalam soal Memali sanggup memangsakan timbalannya dan itulah jenis manusia yang masih disanjung ramai.
“Inilah orang yang merosakkan sistem dan ekonomi negara sehingga kita berada dalam keadaan yang parah sekarang ini,” katanya pada satu sidang media di Kompleks Karangkraf, Shah Alam hari ini.
Dalam satu diskusi di Kota Baru semalam, Musa mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China semasa peristiwa Memali.
Pendedahan ini dibuat sendiri Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata ini bukan kali pertama Dr Mahathir menunjukkan sikapnya yang tidak jujur dan suka memutar-belit fakta.
Katanya, Dr Mahathir perlu segera menjawab tuduhan Musa dan memberi penjelasan kepada rakyat agar kenyataan itu dapat dipastikan kebenarannya.
“Saya memang tak terperanjat kerana Dr Mahathir membuktikan banyak kali bahawa beliau bukan seorang yang jujur dan beliau arif dalam memutar-belit fakta.
“Dr Mahathir perlu jelaskan dengan segera apakah benar tuduhan yang dibuat Musa kerana rakyat berhak mengetahui perkara sebenarnya,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Surendran berkata selain Dr Mahathir, pemimpin Barisan Nasional (BN) juga perlu memberi pencerahan tentang peristiwa hitam Memali dan hubung kait mantan perdana menteri itu terhadap kekejaman kerajaan pada masa itu.
3 comments:
Sah dan Sahih.MahaTaik Kutty lah yg MENGARAHKAN PEMBUNUHAN RAKYAT M'SIA D MEMALI.DEY KETUA POLIS UMNO MALAYSIA ADA BERANI KA NAK SIASAT UR 'DOG FATHER' TU?KLU ANWAR IBRAHIM DAN DAN KAU TRUS TANGKAP.PATUT RAKYAT M@SIA PANGGIL KORANG ANJING UMNO
He..he...Musa Hitam..dia dah jadi org baik nooo sebab balun Mahathir.
Kesian kat hang...
Ini cerita lama dah org tahu....sebelum pemilihan UMNO 1987, dibongkar oleh Team B. Masa tu Ku Li, Musa Hitam dari Team B vs Team A iaitu Mahathir, Ghaffar dan jangan lupa ahli team A ini...DS Anwar...!!Politik, politik....biarkan yg lama berlalu, Mahathir pun sudah tua.....kalaulah dia tu syaitan, dia syaitan yg dikenali.....apa cerita pula dgn 'malaikat' kita...kita belum kenal lagi...mereka belum berkuasa lagi.....kita belum nampak lagi 'tanduk'nya!
Post a Comment